• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Internet ‘High Speed’ Katanya, Tapi Bagai ‘Kencing Tak Lawas’!

oleh AK-47
21/06/2017
dalam Hangat, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

SEKADAR indah khabar dari rupa, hari ini kami nak bercerita pasal Unifi.

Anda mesti mengenali Unifi bukan? Kalau kurang jelas, ia adalah teknologi fiber optic yang memberikan pengguna kelajuan internet berkelajuan tinggi.

Apa pun, kami nak bagi tahu perasaan teramat bosan dengan perkhidmatan Unifi yang boleh dikategorikan bagai ‘kencing tak lawas’.

Mana taknya, sejak dari minggu lepas lagi jaringan internet di ofis kami asyik terputus dan menunjukkan kadar ‘ping’ yang tinggi mencecah 2000 ms, istilah IT yang menunjukkan internet tidak mendapat penyambungan yang kuat.

tadaaa2

Hari ini pula sejak pagi tadi lagi, status sama sahaja dipaparkan sejak berjam-jam.

Panas beb!

Rasa hendak dihempaskan saja router dan moderm tu, tapi tak pasal-pasal kena bayar ganti rugi pula nanti. Jadi alternatifnya, seperti biasa kami pun buatlah laporan kepada pihak Unifi.

“Tekan 1 untuk bahasa Inggeris, tekan 2 untuk bahasa Melayu ….”

Itulah ayat yang biasa digunakan oleh operator apabila anda menghubungi talian bebas Tol TM yang memakan masa sehingga dua puluh minit, itu pun belum tentu berpeluang berkomunikasi dengan manusia, setakat mendengar rakaman mesin bercakap tak habis-habis.

Kemudian, ketika nombor talian bebas tol TM berjaya dihubungi, operator pun menyambut panggilan dengan nada suara baik sekali.

“Encik, memang dari sini, saya lihat kadar connection tidak menentu. Technician kami akan datang dalam tempoh 24 jam,” jawab petugas perkhidmatan pelanggan.

Nasib baik, layanan diberikan operator TM agak memuaskan walaupun hati tengah ‘panas’ waktu dapat bercakap dengan beliau.

Maka pada pukul 4.30 petang tadi, datanglah kakitangan teknikal Unifi ke pejabat kami untuk membuat kerja-kerja baik pulih.

Tapi tak lama selepas mereka beredar… internet kembali menjadi ‘kencing tidak lawas’!!!

Haih, apa sudah jadi dengan teknologi Fiber Optic yang kononnya menjanjikan kadar kelajuan internet tinggi sangat tu?

Router dah tukar, moderm juga dah tukar.. tetapi line Internet hingga sekarang masih tak stabil.

Photo0022-650x487

Kepada TM, pihak anda perlulah membuat sesuatu, sebabnya dalam iklan komersial anda, gebang sana sini bukan main lagi… Internet berkelajuan tinggi katanya tapi service korang ni memang sangat-sangat teruk.

Maaf ya tapi boleh dikatakan kadar connection Unifi lebih teruk daripada beberapa pesaing anda, bukan kami suka hati hendak kondem TM tapi pihak atasan silalah lakukan sesuatu.

Kami warga kerja Mynewshub ingin meminta maaf sekiranya artikel ini menyinggung mana-mana pihak terlibat.

Apa pun, boleh dikatakan hari ini kadar berita di sini tidaklah sebegitu ‘produktif’ disebabkan Internet ‘kencing tak lawas’ dan lebih teruk lagi, tak pasal-pasal penulis terpaksa balik lewat sebab nak masukkan satu-satu story memakan masa saaaangat lama!

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd ‘hilang cool’

 

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

“Bila Kita Jaga Adab, Kita Menjaga Kesihatan Masyarakat” – Public Health Malaysia

“Bila Kita Jaga Adab, Kita Menjaga Kesihatan Masyarakat” – Public Health Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di media sosial berkata, Rukun Negara yang sering dibaca dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd