• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pelajar Ditahan Polis Kerana Memukul

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan tiga pelajar lelaki malam semalam kerana disyaki memukul seorang pelajar lelaki pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, ketiga-tiga pelajar berusia 16 hingga 17 tahun itu ditahan di lokasi berasingan di Pelabuhan Klang dan Telok Gong, Klang dekat sini kira-kira pukul 8 malam.

“Seorang daripada tiga yang ditahan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. Hasil soal siasat, dua pelajar mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan dan kami turut merampas sebuah telefon pintar milik salah seorang pelajar ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Amar berkata, kedua-dua pelajar itu yang masing-masing berusia 16 dan 17 tahun kini direman selama empat hari sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

Dalam kejadian pada Jumaat lepas, seorang pelajar lelaki tingkatan dua dikatakan dipukul dua pelajar lelaki lain selepas dituduh mengganggu seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Klang.

Rakaman video kejadian berkenaan yang kemudian tular di laman sosial memaparkan mangsa dipukul dan ditendang oleh dua pelajar berkenaan dan dilihat oleh beberapa individu lain

Shamsul Amar berkata mangsa telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan tiada kecederaan serius dilaporkan. – BERNAMA

Tags: kes pukulpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd