• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendengaran Semakan Datin Dera Amah Ditangguh

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan pendengaran semakan terhadap hukuman ke atas seorang Datin yang menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lalu, berikutan kegagalan wanita itu hadir ke prosiding tersebut hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menangguhkan pendengaran semakan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa tertuduh yang juga suri rumah, Datin Rozita Mohamad, 44, gagal dikesan di dua alamat berbeza yang diberi iaitu di Mutiara Damansara di Petaling Jaya dan Melaka.

Turut gagal dikesan adalah penjamin kepada wanita itu yang difahamkan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkalan di Pangkalan Udara Subang dekat sini.

Terdahulu semasa prosiding, Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Muhamad Iskandar Ahmad berkata pihaknya telah pergi ke kediaman tertuduh dan penjamin wanita itu untuk menyerahkan notis hadir ke mahkamah semalam, namun kedua-dua rumah berkenaan tidak berpenghuni.

Tun Abd Majid kemudian mengarahkan pihak pendakwaan meneliti syarat-syarat bon berkelakuan baik selama lima tahun yang dikenakan ke atas Rozita sama ada ia turut mengandungi keperluan untuk tertuduh memaklumkan kepada mahkamah jika dia bertukar alamat kediaman.

Beliau berkata jika keperluan itu wujud, Rozita boleh dikenakan tindakan kerana gagal dikesan serta tidak hadir ke prosiding hari ini.

“Penjamin pula tidak kira sama ada dia askar atau penjawat awam, kalau dia cuba menghalang tugas penjawat awam lain, juga boleh dikenakan tindakan,” katanya yang kemudian memberi tempoh tujuh hari hingga Khamis depan untuk pihak pendakwaan mengesan dan memastikan tertuduh dan penjaminnya hadir ke prosiding.

Dalam pada itu, Muhamad Iskandar ketika ditemui pemberita di luar mahkamah menafikan Rozita telah melarikan diri dan yakin wanita tersebut serta penjaminnya boleh dikesan dalam tempoh yang diberikan mahkamah.

Pada 15 Mac lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 terhadap Rozita selepas wanita itu menukar pengakuan kepada bersalah setelah pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan terhadapnya dibacakan.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih sebagai senjata untuk menyerang.

Kesalahan yang membolehkan wanita berkenaan dipenjara maksimum 20 tahun dan denda itu, didakwa dilakukan di sebuah rumah, di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, antara 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.

Keputusan Mahkamah Sesyen tersebut, bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak termasuk dalam kalangan pengamal undang-undang yang menyifatkan hukuman dikenakan itu terlalu ringan.

Rozita sebelum ini dibicarakan atas tuduhan asal iaitu cubaan membunuh Suyanti mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika cederadan seumur hidup jika menyebabkan kematian, jika disabit kesalahan.

Tertuduh kemudian menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu, selepas 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 9 Mei tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Datinpembantu rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

12/11/2025
0

KUANTAN: Pembantu rumah yang dipercayai mencederakan dua beranak termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri dalam pergaduhan di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd