• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Jadi Sasaran Real Madrid, Barcelona & PSG

oleh Haris
21/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOHAMED Salah muncul sebagai pemain paling menarik perhatian dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, di padang bola Anfield dan di seluruh Eropah.

Salah sedang menuju rekod menjadi pemain termahal, mengatasi Neymar Jr. yang dibeli dengan nilai 198 pound oleh kelab Perancis, Paris Saint-Germain tahun lalu.

Dengan kontrak dengan Liverpool hanya akan berakhir pada 2022, kelab yang mahukan khidmat Salah dijangka menawarkan hingga 200 pound.

Real Madrid, Barcelona dan Paris Saint-Germain kini memerhatikan Salah dan berebut untuk mengambil pemain handalan dari Mesir itu.

Salah telah menjaringkan 37 dalam 43 perlawanan kelab dan negara, menarik minat kelab-kelab gergasi Eropah, yang bakal membuat tawaran ratusan juta pound untuk memiliki penyerang Liverpool itu.

Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group dijangka sukar untuk menolak tawaran tersebut.

Liverpool membelanjakan 36.9 juta pound untuk membeli Salah dari Roma pada bulan Jun lalu.

Real Madrid yang mensasarkan Salah bakal melupakan Eden Hazard dari Chelsea sekiranya memperolehi Salah.

Menjelang perlawanan ke-38, Salah dijangka boleh menjaringkan 35 gol. Liverpool akan bermain tujuh perlawanan lagi sebelum liga berakhir.

Rekod jaringan terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris ialah 31 gol, oleh Alan Shearer musim 1995-1996, Christiano Ronaldo dan Luiz Suarez musim 2007-2008.

Salah telah menjaringkan 28 gol dalam 32 perlawanan liga. Dalam kemenangan 5-0 menentang Watford minggu lalu, Salah menjaringkan empat daripada lima gol.

Salah menjaringkan satu gol setiap 85.5 minit dalam Liga Perdana musim ini, kedua terbanyak selepas Robert Lewandowski dari Bayern Munich yang menjaringkan satu gol setiap 81.3 minit. – Mynewshub.cc

Tags: liga perdana inggerisLiverpool
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd