• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamani Maafkan Individu Sebar Videonya Dalam Tahanan

oleh AK-47
25/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYEBARAN video Zamani menyanyikan lagu Gerimis Mengundang ketika dalam tahanan pihak polis ekoran kes penyalahgunaan dadah mengundang kecaman pelbagai pihak selepas video itu menjadi viral di media sosial.

Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan perasaan simpati atas nasib yang menimpa bekas vokalis kumpulan Slam itu.

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan akan menyiasat kes berkenaan secara terperinci dan mengambil tindakan terhadap individu terlibat.

zamaniBagaimanapun, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 44, dikatakan telah membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang menyebarkan video tersebut.

Bukan itu sahaja, dia turut memaafkan individu terlibat.

Menurut laporan Berita Harian, perkara ini dimaklumkan abang Zamani, Zulfazil Ibrahim, 50, ketika ditemui media selepas melawat penyanyi terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, pada Jumaat.

“Zamani sendiri yang meminta isu ini tidak dipanjangkan dan sudah memaafkan individu terbabit. Saya dan keluarga akur dengan permintaannya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan,” katanya.

Tambah Zulfazil, selaku abang dia akui kecewa dan sedih terhadap individu yang menyebarkan video tersebut tetapi akur dengan keputusan adiknya.

“Ketika Zamani ditahan dan penyebaran video ini berlaku, saya langsung tidak tahu sehinggalah dimaklumkan oleh kawan.

“Agak terkilan dan sedih dengan penyebaran video ini, tetapi, saya bangga dengannya kerana dalam keadaan menghadapi kes ini, dia tetap sudi memaafkan orang yang bertindak sedemikian,” katanya.

Abang Zamani, Zulfazil Ibrahim (Kiri).
Zulfazil Ibrahim berbincang bersama peguamnya.

Pada masa sama, peguam yang mewakili Zamani iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar memberitahu kes berkenaan akan disebut di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari depan. -MYNEWSHUB.CC

Tags: dadahvideozamani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd