• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Selangor Rampas Mainan Tak Patuhi Standard

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas 4,137 unit mainan pelbagai jenis bernilai RM34,555 dalam serbuan di sebuah premis menjual mainan di Mutiara Damansara dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Pegawai Penguat kuasanya Azman Adam berkata serbuan pada 12.30 tengah hari itu dilakukan susulan aduan orang ramai berhubung mainan yang dijual di premis tersebut disyaki tidak mengikut Pematuhan Standard (MC) yang ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis itu mendapati pelekat MC yang dilekatkan di setiap mainan tersebut tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu, hampir 80 peratus daripada barangan mainan yang dijual juga mempunyai nombor siri sama,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurut Azman, setiap mainan yang dijual perlu dilekatkan dengan logo MC sebagai bukti produk tersebut selamat digunakan oleh kanak-kanak.

Beliau berkata setiap pengeluar, pengimport atau pembungkus semula mainan dikehendaki membuat pengujian produk tersebut terlebih dahulu di mana-mana makmal yang diakreditasi sebelum dipasarkan.

“Sekiranya mereka gagal berbuat demikian mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana membekalkan atau menawarkan apa-apa barangan atau perkhidmatan yang tidak mematuhi standard keselamatan bagi mainan.

“…dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu manakala bagi syarikat pula, denda RM250,000 untuk kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan kali kedua,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Jelaskan Situasi, Dulu Lambakan Graduan Kini Kekurangan Doktor

FB Najib Razak Jelaskan Situasi, Dulu Lambakan Graduan Kini Kekurangan Doktor

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sistem kontrak sementara bagi graduan perubatan yang diperkenalkan pada Disember 2016 bertujuan menangani peningkatan mendadak jumlah graduan...

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, terdapat ibu bapa yang mencadangkan supaya sekolah ditutup terus untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd