• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uji Berpijak Di Bumi Nyata, Tak Mampu Duduk Kondo

oleh Haris
20/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MINGGU lalu, kesempitan hidup yang dilalui oleh penyanyi yang popular pada era 1970-an, Uji Rashid hingga hampir diusir dari rumah sewanya tular menerusi media sosial.

Berita itu menjadi bualan netizen selepas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkongsi status di laman Facebooknya bahawa Uji telah diusir keluar daripada rumah yang didudukinya sekarang.

Keadaan itu menyebabkan bintang veteran itu terpaksa meminta bantuan daripada Noh untuk mendapatkan pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekali gus menyaksikan dia dibenarkan unuk menghuni flat terbabit.

Jelas Uji, dia sama sekali tidak ambil peduli dengan apa saja yang diperkatakan mengenai masalah yang dialaminya di media sosial memandangkan mereka tidak melalui apa yang dilaluinya.

“Mereka boleh berkata apa saja. Saya tak kisah dan saya dah tak peduli dengan semua itu.

“Ada ke orang itu masa saya tak ada makan. Yang saya nak bagi makan anak saya.

“Orang cakap Uji Rashid, satu nama besar. Tapi, memanglah ada rasa malu, rasa aib tu memang ada apabila saya memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya dipetik Harian Metro Online.

Malah, dia tidak kisah jika ada yang mempertikaikan tindakannya mendapatkan sebuah unit PPR sambil berkata dia hanya berpijak di bumi nyata kerana tidak mampu mendiami kondominium sebelum ini.

“Jika saya sekeluarga terus tinggal di kondo itu dengan bayaran sewa lebih RM1,000 sebulan, saya tidak mampu.

“Saya berpijak di bumi nyata. Jadi, kalau rumah PPR yang saya boleh mampu, kenapa tidak? Saya tak kisahlah orang nak cakap apa,” katanya.

Uji mengakui menghela nafas lega apabila akhirnya menerima kunci pangsapuri PPR yang terletak di Lembah Subang 2, Subang Jaya, Selangor, semalam.

Dalam pada itu, Uji turut menepis dakwaan bahawa dia mengampu Noh bagi mendapatkan perhatian, sambil turut menjelaskan menteri berkenaan mengetahui situasi sebenar dilaluinya.

Ujarnya, dia akan menghuni rumah PPR tersebut pada kadar sewa RM255 dan juga bayaran penyelenggaraan RM50 setiap bulan.

“Saya harus menjelaskan bayaran sewa bulan pertama, cagaran sewa bagi tempoh dua bulan, bekalan air dan elektrik serta dokumen perjanjian sebanyak RM650. Setakat ini, saya belum bayar lagi.

“Insya-Allah, saya akan segera berpindah. Ini kerana tidak mahu dibebankan lagi dengan sewa rumah lama sebanyak RM1,500,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: PPRuji rashid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

23/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan...

KWP Cadang Bina Parkir Bertingkat Di PPR Seri Anggerik

19/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang membina parkir bertingkat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd