• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji kawasan Baharu Untuk Dijadikan Pusat Pemindahan Banjir

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Pusat pemindahan baharu dan lebih selamat perlu dikenal pasti sebagai persiapan menghadapi banjir besar pada masa akan datang, kata Panglima Angkatan Tentera (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

“Berdasarkan banjir baru-baru ini banyak pusat pemindahan yang tenggelam kerana tumpuan kita pada masa itu hanya menjadikan sekolah sebagai tempat perlindungan atau pusat pemindahan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian penempatan sementara penduduk terjejas banjir di Kem Batalion ke-3 Rejimen Askar Wataniah di Sungai Durian, di sini.

Zulkifeli berkata contohnya di Manek Urai Baru terdapat masjid dan klinik kesihatan yang tidak ditenggelami air dan terdapat hampir 1,000 mangsa yang berpindah ke situ.

“Jadi kalau kawasan ini dijadikan pusat pemindahan kita perlu reka bentuk dan menambah baik tempat ini,” katanya.

Beliau berkata untuk itu, kawasan yang tidak ditenggelami air ketika banjir besar melanda negeri ini bulan lepas perlu dikaji untuk dijadikan pusat pemindahan baharu.

Zulkifeli berkata pihaknya kini sedang mengumpul maklumat daripada anggota ATM yang terbabit dalam banjir tersebut bagi mengenal pasti kelemahan yang dihadapi ketika banjir baru-baru ini.

“Hasil daripada maklum balas yang diterima akan dibawa ke peringkat pusat (ATM), seterusnya akan dijadikan panduan bersama dalam menentukan model prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi banjir akan datang.

“Kita sedar terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki pada masa akan datang terutama ketika berlaku bencana, kita menghadapi kesukaran untuk memasuki kawasan yang paras air begitu tinggi selain arus deras bagi menyampaikan bantuan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zulkifeli berkata pihaknya bercadang untuk menyediakan pusat perubatan di kem Sungai Durian itu khusus bagi memantau tahap kesihatan mangsa yang ditempatkan di situ.

“Kita juga telah membantu menyediakan pengangkutan bagi menghantar kanak-kanak di pusat sementara ini ke sekolah selain menyediakan bekalan makanan kepada mereka,” katanya.

Sebanyak 138 orang daripada 32 keluarga dari sekitar jajahan Kuala Krai ditempatkan di kem berkenaan sejak 17 Dis lepas setelah rumah mereka musnah akibat banjir melanda negeri itu. – BERNAMA

Tags: ATMBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd