• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Benar Saiful Pinda Tuntutan Saman Terhadap Anwar

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat membenarkan permohonan Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, untuk meminda pernyataan tuntutan dalam samannya yang berjumlah RM50 juta terhadap bekas majikan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan memutuskan perkara tersebut selepas meneliti hujahan oleh peguam Saiful, Zamri Idrus dan Shahid Adli Kamarudin yang mewakili ketua pembangkang itu.

Dalam kenyataannya kepada media, Zamri berkata, mahkamah memerintahkan Anwar menfailkan pernyataan pembelaan pindaan sebelum 23 Februari dan mahkamah menetapkan 13 Mac bagi pengurusan kes.

[BACA INI JUGA: Mohd Saiful Pohon Pinda Tuntutan Saman Terhadap Anwar]

Pada 16 Januari lalu, Saiful membuat permohonan untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi memasukkan butiran yang lebih terperinci berhubung dakwaan fitnah oleh Anwar berkenaan laporan polis yang dilakukan Saiful tentang kejadian liwat, enam tahun lalu.

Sekadar imbasan, pada 23 Jun tahun lalu, Saiful menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta terhadap Anwar selepas mendakwa dirinya mengalami kecederaan fizikal serta menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini, akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 8 Oktober tahun lalu, bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun menafikan dirinya meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

-MYNEWSHUB.CC

Jangan Terpedaya Permainan Jijik Anwar – Mohd Saiful Bukhari Azlan

Tags: Anwar IbrahimSaiful Bukhari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

04/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim secara sinis menyindir kenyataan bekas Ahli...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd