• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Lelaki OKU Dibogel, Dibuli Sekumpulan Remaja

oleh AK-47
19/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR di media sosial video seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) dianiaya sekumpulan remaja sehingga menjadi kecaman netizen.

Menerusi video amatur berdurasi 9 saat, mangsa yang dikenali sebagai Pok Ya telah diikat kedua-dua belah tanggannya manakala seluar yang dipakainya telah dilondehkan.

Difahamkan, kemaluan mangsa turut dianiaya dengan ditaburkan pasir oleh salah seorang daripada ahli kumpulan itu.

Kemudian datang seorang remaja lelaki mencucuh api pada pinggulnya dengan menggunakan pemetik api membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.

Pok Ya sempat dilihat merayu kepada remaja-remaja terbabit supaya dilepaskan namun permintaannya itu tidak diendahkan.

Kejadian memalukan itu dipercayai dirakam pada jam 4 pagi kelamrin di kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, dan ia kemudiannya giat diperkongsikan oleh netizen sejak malam tadi.

Susulan kejadian, mangsa yang berusia 47 telah membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 3.30 pagi tadi.

Netizen yang melihat rakaman tersebut selain mengecam, turut melahirkan rasa kasihan dan meminta agar pihak polis dengan segera menangkap pelaku-pelaku terbabit secepat mungkin.

Hasil tindakan pantas polis, dua suspek wanita yang merupakan perakam video dan rakannya, masing-masing berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar berkata, pihaknya kini sedang menyiasat motif sebenar kumpulan remaja terbabit berbuat demikian kepada mangsa.

“Kita turut merampas semua telefon bimbit bagi mencari individu yang merakam video itu dan individu lain yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Kita percaya terdapat beberapa suspek lagi yang turut terlibat sebagaimana dalam insiden menerusi video yang tular,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: buliOKUPok Ya Cong Codei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

17/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang ibu mendakwa anak perempuannya, pelajar institusi pendidikan di bawah sebuah agensi agama dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd