• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Selamatkan Peminta Sedekah Paksaan

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menyelamatkan 11 kanak-kanak dan remaja Rohingya yang dikerah menjadi peminta sedekah dalam Op Som di sekitar Bukit Bintang di sini semalam.

Ketua Penolong Pengarah Skuad Taktikal Khas 3, Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, SAC Mohd Nadzri Hussain berkata mereka termasuk tujuh kanak-kanak dan remaja lelaki dan empat kanak-kanak perempuan berusia antara dua dan 16 tahun.

Beliau berkata mereka dipercayai dikerah oleh penjaga untuk meminta sedekah selain menjual tisu dan surah Yasin kepada orang ramai di sekitar Bukit Bintang dan KLCC dan bergiat aktif sejak beberapa bulan lepas.

STAGG melakukan pemantauan sejak November lepas bagi mengenal pasti aktiviti harian serta lokasi penginapan mereka, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Nadzri berkata siasatan mendapati kanak-kanak dan remaja berkenaan ditemani lima penjaga iaitu seorang lelaki dan empat wanita yang menaiki bas dari sebuah flet di Jalan Ampang pada 7 malam menuju ke lokasi berkenaan.

“Apabila sampai ke lokasi yang ditetapkan, kanak-kanak dan remaja itu dibiar berkeliaran meminta sedekah daripada orang ramai termasuk pelancong asing.

“Mereka turut diajar mendesak dan memaksa orang ramai memberikan duit dengan cara menarik baju bagi meraih simpati,” katanya sambil menambah mereka mampu memperoleh pendapatan RM80 hingga RM90 setiap malam.

Beliau berkata lima penjaga berkenaan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan siasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala pembabitan kanak-kanak dan remaja itu turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63. — BERNAMA

Tags: PDRMSAC Mohd Nadzri Hussain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd