• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adik Didenda Pecahkan Cermin Kereta Milik Abang

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan didenda RM2,800 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memecahkan cermin kereta milik abangnya, dua bulan lalu.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhi hukuman itu terhadap Norjumain Ishak, 28, selepas dia mengaku bersalah melakukan khianat dengan memecahkan cermin hadapan bahagian pemandu, cermin kiri dan kanan bahagian penumpang serta cermin belakang kereta milik Norjuharis Ishak, 37.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Depoh LRT Lembah Subang, Jalan PJU 1A/36, di sini pada 1.30 pagi, 28 Jan lalu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh kerana kes itu melibatkan hubungan adik beradik yang tidak seharusnya berlaku kekerasan namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf selain menanggung bapanya.

“Saya bertindak sedemikian kerana telah dihalau keluar dari rumah oleh abang saya,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa yang sedang tidur telah menerima mesej ‘Whatsapp’ daripada jiran yang menghantar gambar keretanya yang telah dipecahkan oleh seorang lelaki (tertuduh) dan mangsa yang terkejut dengan gambar tersebut kemudian membuat laporan polis.

Jiran mangsa melihat tertuduh melakukan perbuatan itu dan telah cuba menghalangnya namun telah dimarahi tertuduh dengan berkata “jangan campurlah urusan adik beradik,”. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Jelaskan Situasi, Dulu Lambakan Graduan Kini Kekurangan Doktor

FB Najib Razak Jelaskan Situasi, Dulu Lambakan Graduan Kini Kekurangan Doktor

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sistem kontrak sementara bagi graduan perubatan yang diperkenalkan pada Disember 2016 bertujuan menangani peningkatan mendadak jumlah graduan...

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, terdapat ibu bapa yang mencadangkan supaya sekolah ditutup terus untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd