• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahirkan Semangat Cinta Negara Melalui Sukarelawan

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Inisiatif golongan muda dalam menyumbang tenaga dan bantuan fizikal kepada​ masyarakat setempat mampu membangkitkan semangat cintakan negara.

Perkara itu terbukti dengan penglibatan generasi berkenaan dalam aktiviti sukarelawan melalui program Maju Bersama Negaraku yang disertai oleh beberapa artis tempatan serta penuntut ​​​​Institut Delta Semarak di sini.

Penyanyi Sufian Suhaimi yang menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan Tabika Perpaduan Kampung Pandan, Baiduri D di Cheras di sini, berpendapat program itu mampu membuka mata golongan belia untuk sama-sama berganding bahu dalam memberi sumbangan kepada negara walaupun hanya sekecil bantuan.

“Saya rasa intiatif Maju Bersama Negaraku merupakan inisiatif baik yang diusulkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kita untuk sama-sama membantu penduduk setempat sebagai contoh dalam menambah baik prasarana.

“Saya rasa semua orang dilahirkan dengan nilai murni dan program sebegini dapat membuka mata golongan muda untuk berkhidmat kepada negara. Walaupun usaha kecil kalau buat beramai-ramai boleh beri sesuatu yang baik kepada komuniti setempat,” katanya yang akan menyertai program yang sama di Kampung Bukit Changgang Dengkil petang ini.

Semalam, melalui program tersebut, penduduk Kampung Orang Asli Pertap, Kuala Kubu Bharu, mendapat gelanggang sepak takraw bagi kegunaan aktiviti riadah di kawasan itu.

Program berbentuk kemasyarakatan itu merupakan kesinambungan inisiatif ‘Negaraku’ yang diumumkan Najib pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Sukarelawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jambatan Angkat Terengganu Siap September

Next Post

Pulau Sampah Di Indonesia Mahu Bertukar Wajah

Related Posts

Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Kepada Penjawat Awam Jadi Sukarelawan

28/12/2021
0

TEMERLOH : Kerajaan mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri...

Warga Emas Diperlukan Jadi Sukarelawan Vaksin Covid-19

11/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru warga emas berusia 60 tahun ke atas tampil sebagai sukarelawan bagi Kajian...

Next Post

Pulau Sampah Di Indonesia Mahu Bertukar Wajah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd