• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Air Selangor Ancam Kesihatan Awam

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Krisis bekalan air yang melanda beberapa kawasan di Selangor baru-baru ini boleh membawa ancaman yang serius kepada kesihatan awam, kata Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil.

Sambil menyanggah kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa krisis air di negeri itu bukan masalah kritikal, beliau berkata gangguan bekalan boleh menyebabkan air terdedah kepada pencemaran.

Beliau berkata kegagalan kerajaan negeri Selangor menguruskan bekalan air serta tindakannya menangguhkan penstrukturan semula industri air negeri itu menyebabkan sistem bekalan air tidak diselenggara dengan secukupnya dalam tempoh 10 tahun lepas.

Paip-paip usang yang tidak diganti menyebabkan ia mudah pecah dan menjejaskan bekalan air kepada pengguna, katanya dalam kenyataan malam ini.

“Setiap kali paip pecah, kotoran dan tanah memasuki sistem bekalan air lalu menyebabkan pencemaran daripada bakteria, mineral atau logam berat.

“Apabila ada ribuan kes paip pecah di Selangor setiap tahun, bayangkan jumlah pencemaran yang memasuki sistem bekalan air,” katanya.

Isham yang juga pakar ekonomi politik berkata loji rawatan air yang tidak diselenggarakan dengan secukupnya memburukkan lagi keadaan itu dengan air keruh dan berkarat mengalir dari paip-paip air di Selangor.

“Apa maksud air percuma jika tiada air? Dan walaupun terdapat air di Selangor, airnya pula tidak bersih dan menimbulkan risiko kesihatan,” katanya.

Beliau berkata walaupun mengutip berbilion ringgit daripada cukai-cukai negeri yang menyebabkan kenaikan harga rumah dan kos sara hidup di Selangor, kerajaan negeri itu yang diterajui pakatan pembangkang masih gagal menyelesaikan masalah asas seperti perkhidmatan bekalan air setelah 10 tahun memerintah negeri itu.

Isham juga mengingatkan bahawa meminum air tercemar daripada sistem bekalan air yang tidak diselenggara dengan baik bagi tempoh sederhana hingga jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman, sistem saraf, tulang dan penyakit lain terutama kepada bayi, kanak-kanak dan orang tua.

Selain itu, katanya, lebih separuh daripada gangguan bekalan air di Malaysia berlaku di Selangor sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata menurut Persatuan Air Malaysia, Selangor mengalami 259,000 kes gangguan bekalan air berbanding 416,000 kes di seluruh negara.

“Walaupun ada gangguan bekalan air di negeri-negeri lain, ia tidaklah seburuk di Selangor di mana berjuta-juta orang terjejas akibat gangguan bekalan hampir seminggu itu,” kata Isham yang pernah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya Pahang, sebuah negeri yang lebih besar daripada Selangor, hanya mengalami 2,000 kes gangguan bekalan air iaitu 100 kali lebih kecil daripada di Selangor.

Sebelum ini, Syabas memaklumkan beberapa kawasan di sekitar Selangor mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) di Bestari Jaya, Kuala Selangor mulai 6 hingga 9 Mac.

Bagaimanapun, tempoh pemulihan berkenaan tersasar daripada jangkaan apabila Sistem Mampatan Udara di SSP3 gagal berfungsi dengan baik menyebabkan lima batang paip bersaiz 1,100 mm rosak dengan dua daripadanya pecah serta terpelanting keluar daripada strukturnya.

Kejadian itu menyebabkan 427 kawasan termasuk Shah Alam, Klang, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat terus terputus bekalan air sehingga 11 Mac. – BERNAMA

Tags: air selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

05/06/2024
1

SHAH ALAM : Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi esok, selepas kerja penyelenggaraan dan penggantian...

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

04/07/2023
0

Pengendali perkhidmatan air di Lembah Klang, Air Selangor meluahkan harapan agar kerajaan mengkaji semula tarif air secepat mungkin. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd