• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Jangan Heret Istana Isu Beku Peruntukan – Azmin

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berkata isu pembekuan peruntukan negeri kepada wakil rakyat PAS adalah soal pentadbiran dan parti itu tidak sepatutnya mengheret pihak istana dalam masalah berkenaan.

“Ini soal pentadbiran, bukan jumpa sultan. Nak maklum apa kepada Istana Selangor? Mereka (ADUN PAS) kena ikut prosedur, ikut peraturan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Karnival Himpunan Membangun Rakyat Memakmur Negeri, di sini.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah meminta kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS supaya berjumpa pegawai daerah masing-masing bagi tujuan berkenaan.

Isnin lepas, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi telah mengemukakan surat berhubung pembekuan peruntukan tahunan negeri terhadap wakil rakyatnya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sallehen sebelum ini dilapor berkata surat itu bertujuan memaklumkan kepada baginda mengenai situasi sebenar selepas Mohamed Azmin menyekat peruntukan tahunan 13 wakil rakyat PAS sejak dua bulan lalu.

Terdahulu, dalam ucapannya pada karnival berkenaan, Mohamed Azmin membayangkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Saya bagi tiga pilihan, Bukit Antarabangsa, Gombak atau mana-mana kerusi di Selangor. Saya tak pilih kerusi Pekan atau Bagan Datuk,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd