• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluar Dari Zon Selesa, Cik Piah Beralih Ke Suria FM

oleh
18/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA orang anak tu pembawa rezeki… Selepas hampir dua bulan melahirkan anak kedua, penyampai radio, Feeya Iskandar kini mula menukar angin dari Sinar FM ke Suria FM.

Namun bagi Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 29, sebab utama dia menerima tawaran yang diberikan oleh stesen radio tersebut ialah kerana mahu mencabar diri dan keluar daripada zon selesa.

“Faktor utama saya mengambil keputusan untuk terima tawaran menjadi penyampai radio Suria FM ini disebabkan ingin keluar dari zon selesa.

“Dah tiba masanya saya cuba melakukan perubahan dengan berhijrah ke radio lain pula. Bukanlah disebabkan semata-mata tawaran gaji lumayan,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Tengah hari tadi, telah berlangsung majlis sidang media bagi mengumumkan penyampai baharu Suria FM yang diadakan dekat IOI City Mall, Putrajaya.

Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah bakal mengendalikan segmen Gaya Suria yang mana akan berkongsikan tips kekeluargaan, kesihatan kewanitaan serta beberapa informasi dunia hiburan terkini.

Segmen Gaya Suria akan menggantikan slot Menu Suria yang sebelum ini dikelolai oleh Brian serta bersiaran setiap Isnin sehingga Jumaat pada jam 10 pagi hingga 1 petang.

Pada 19 Januari lalu, secara rasmi Cik Piah telah meninggalkan stesen radio Sinar FM selepas lapan tahun berkhidmaat bersama dengan stesen radio tersebut.

CIK PIAH BERGANDINGAN BERSAMA SALIH YAAKOB DALAM SEGMEN SANTAI SINAR.

Menurut Pengurus Program Suria, DJ Lin, mereka bakal mengadakan siri jelajah Suria yang bakal menampilkan beberapa selebriti untuk membuat persembahan dan sebanyak empat lokasi bakal dijelajah oleh krew yang bertugas.

“Siri Jelajah Suria kali ini menampilkan barisan artis yang berbeza pada setiap lokasi yang diadakan.

“Untuk siri pertama ini, kami adakan di empat lokasi iaitu Taiping, Putrajaya, Seremban dan Johor Bahru,” ujarnya.

DUA ORANG CAHAYA MATA KESAYANGAN CIK PIAH, ADAM MALIQUE DAN NUH ARYYAN.

Malah, siri jelajah tersebut sudah pun bermula sejak 10 Mac lalu dan lokasi pertama yang dipilih ialah Taiping Central Mall dan hari ini pula, mereka telah menuju ke IOI City Mall Putrajaya.

Ia disertai penyanyi Elyana, lan Solo, Ismail Izzany, Syamel, Nizam Laksamana serta ramai lagi. Lokasi seterusnya yang bakal ialah di Mydin Seremban 2 serta Mydin Mutiara Rini, Johor Bahru pada 24 Mac dan 31 Mac ini. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Feeya IskandarNetizensinar FMSuria FM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kenyataan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa 'Johor akan jadi Selangor Di tangan PH' menerima reaksi balas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd