• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Masih Berbisa, Felda Tepati Ramalan

oleh Ahmad Albab
17/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara Piala FA 2009, Selangor membuktikan mereka masih berbisa walaupun ketua jurulatih P. Maniam baru sahaja ‘direhatkan’ Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), apabila menewaskan Terengganu 3-1 pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.

Namun, barisan anak buah pemangku jurulatih, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir dikejutkan dengan jaringan pertama skuad Sang Penyu pada minit ke-23 menerusi Mohd Shahrul Aizad Zulkufli.

Skuad Gergasi Merah tidak cepat melatah, berselang tiga minit kemudian, penyerang import dari Sepanyol, Rufino Segovia menyamakan kedudukan dan Rufino sekali lagi menggegarkan gawang pada minit ke-68 untuk jaringan kedua peribadinya.

Pemain antarabangsa Indonesia, Evan Dimas Darmono turut mencetak nama sebagai penjaring apabila menyumbangkan gol ketiga pasukan pelawat pada minit ke-60, sekali gus menyaksikan Selangor mara ke suku akhir saingan Piala FA.

Turut mengiringi Selangor ke suku akhir adalah Felda United yang mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas UKM FC pada aksi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Pemain import, Thiago Augusto Fernandes muncul wira skuad ‘The Fighters’ apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-38, selepas kedudukan terikat 1-1 hasil jaringan pemain import UKM FC dari Uganda Kipson Atuheire seawal minit kelima sebelum Gilberto Fortunato menyumbat gol penyamaan pada minit ke-13.

Terdahulu, pada perlawanan di sebelah petang, dua jaringan penyerang prolifik Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan satu gol menerusi pemain import dari Korea Selatan Gisung Yeon memastikan PKNP FC mara ke suku akhir dengan bergaya setelah menewaskan Kuantan FA 3-0.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Negeri, Batu Kawan itu, Muhammad Shahrel bijak meledak gol pembukaan pada minit ke-32 diikuti jaringan Gisung pada minit ke-70 sebelum Shahrel menyumbat gol kedua peribadinya pada penghujung babak perlawanan.

Lima lagi aksi pusingan ketiga Piala FA akan berlangsung esok, membabitkan pertemuan Pahang dengan juara bertahan Kedah, Pulau Pinang berdepan Perak, UiTM FC menentang Johor Darul Ta’zim, Melaka bertemu Kuala Lumpur dan PKNS FC bakal membuat perhitungan dengan Kelantan. – BERNAMA

Tags: Piala FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd