• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Kedah Rasmi Masjid Jamek Istiqlal Kuala Nerang

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan berangkat merasmikan Masjid Jamek Istiqlal di Kuala Nerang dekat sini yang kemudian diisytiharkan secara rasmi sebagai Masjid Tengku Sarafudin Badlishah.

Turut berangkat Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Keberangkatan tiba baginda pada tengah hari itu disambut Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Pendidikan yang juga Anggota Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sultan Sallehuddin seterusnya melafazkan titah perasmian dan menurunkan tandatangan pada plak perasmian di majlis yang dihadiri lebih 1,000 penduduk setempat itu.

Masjid yang mula beroperasi pada Oktober 2016 di atas kawasan seluas 0.4 hektar dengan kos RM4 juta itu mampu menampung lebih 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

Terdahulu Sultan Sallehuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak kariah bawah 12 tahun sebelum menunaikan solat Jumaat bersama jemaah lain di masjid tersebut.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din, Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadhil Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan, Warisan dan Kerja Raya Kedah Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: masjidSultan Kedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd