• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Penemuan Kepala Wanita: Suami Akan Didakwa Esok

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Suami kepada wanita warga China yang kepalanya ditemui tanpa badan di tebing Sungai Batang Lupar, Jalan Skait, Sri Aman, pada 3 Mac lepas, akan didakwa atas tuduhan membunuh isterinya itu di Mahkamah Majistret Sri Aman, kira-kira 280km dari sini, esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pihak pendakwaan mendapati terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa lelaki itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas pihak polis menyerahkan kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri semalam.

“Setakat ini, pasukan penyiasat tidak berjaya menemukan lain-lain anggota badan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan suami mangsa, seorang peniaga berusia 42 tahun, ditahan polis selepas memberikan keterangan meragukan mengenai kehilangan isterinya berusia 31 tahun itu, beberapa hari sebelum kepalanya ditemui.

Dua hari selepas penemuan kepala wanita itu, polis menahan reman suami mangsa selama tujuh hari untuk membantu sisastan.

Pasangan suami isteri itu dilaporkan berkahwin pada 2011 sebelum menetap di Sri Aman dan pasangan itu mempunyai dua orang anak. – BERNAMA

Tags: Datuk Dev Kumar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Mesir Dilaporkan Hilang Selamat

17/12/2017
0

KUCHING – Seorang pakar patologi dari Mesir yang berkhidmat di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, yang dilaporkan hilang sejak...

Ibu Kandung Melacur Anak Sendiri Didakwa Di Lawas

13/10/2017
0

MIRI - Seorang wanita yang ditangkap kerana melacurkan anak perempuannya berusia 14 tahun di Lawas, telah diperintahkan mahkamah untuk tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd