Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

SKMM Diminta Pantau Pelaksanaan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa memantau pelaksanaan rebat...

Wajib Berintegriti, Amanah Jadi...

KUANTAN - Penjawat awam khususnya pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) wajib...

SPRM Tahan 6 Termasuk...

JOHOR BAHRU - Enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam...

‘Mykira GST’ Permudah Semak...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini melancarkan...

Pakar Patologi Mesir Dilaporkan Hilang Selamat

KUCHING – Seorang pakar patologi dari Mesir yang berkhidmat di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, yang dilaporkan hilang sejak 12 Disember lepas, dipercayai selamat dan masih berada di negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pada 12 Dis lalu, seorang pegawai perubatan di HUS membuat laporan di Balai Polis Satok di sini, bahawa rakan setugasnya, Dr Ahmed Mohamed Mohamed Sakr tidak hadir bertugas sejak 8 Disember lalu.

Beliau berkata doktor berkenaan juga tidak dapat dikesan di bilik sewanya di Chong Lin Plaza di sini, dan polis menyiasat kes tersebut sebagai kes orang hilang.

“Pada masa sama, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah untuk menyiasat kehilangan doktor berkenaan secara mendalam,” kata Dev dalam kenyataan di sini hai ini.

Beliau bekata siasatan awal mendapati, Dr Ahmed dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Pakar (Patologi) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan bertugas di Jabatan Patologi, HUS sejak 2006.

“Siasatan lanjut mendapati Dr Ahmed mengambil penerbangan AirAsia dari Kuching pada 7 Disember lalu, pada 6.55 petang dan tiba di KLIA2 8.40 malam.


“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA2 mengesahkan Dr Ahmed tiba di lapangan terbang berkenaan seorang diri dan dalam keadaan selamat,” katanya.

Dev berkata siasatan diteruskan untuk mengenal pasti lokasi terkini Dr Ahmed dan semakan juga mendapati beliau menempah tiket penerbangan Emirates dari Kuala Lumpur ke Kaherah pada 23 Dis ini.

Di samping itu, beliau berkata bantuan juga diminta daripada Kedutaan Mesir di Malaysia melalui Interpol Bukit Aman untuk menyemak status Dr Ahmed daripada keluarganya di Kaherah.

Beliau berkata siasatan setakat ini, tidak mendedahkan sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut. – BERNAMA

Kategori