• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri warga emas rentung dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah kedai di Kampung Dara, Sungai Tawar, Baling awal pagi semalam.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Firdaus Daud berkata mayat Toh Hock Lim, 81, dan isterinya Soh Moi, 75, ditemukan kira-kira pukul 5 pagi di dalam sebuah daripada rumah kedai itu.

“Daripada empat buah rumah kedai kelas B ini, satu dijadikan kedai dan tiga lagi dijadikan kediaman,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, tiga kereta, sebuah jip dan sebuah motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.

Menurutnya lima penghuni yang lain sempat menyelamatkan diri.

Mohd Firdaus berkata pihak bomba menerima panggilan pada 2.48 pagi semalam dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech dan Sik berserta 14 anggota yang tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian dapat mengawal kebakaran sepenuhnya pukul 3.43 pagi.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Punca kebakaran masih disiasat manakala jumlah kerugian dianggarkan RM200,000, katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaranwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd