• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Thailand ‘Kantoi’ Sorok Daun Ketum Dalam Tangki Hilux

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Taktik dua lelaki warga Thailand menyembunyikan daun ketum dalam satu tangki tambahan sebuah kenderaan jenis Hilux gagal mengaburi mata pihak polis dalam satu serbuan berhampiran sebuah dangau di Kampung Kawah Lima, di sini, kelmarin.

Difahamkan serbuan kira-kira jam 12.50 tengah hari oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu itu untuk mengesan suspek kes jenayah lain.

Bagaimanapun pihak polis ternampak dua kenderaan dalam keadaan mencurigakan di belakang sebuah pondok dalam ladang getah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut menemui 34 kilogram dan 20 kilogram daun ketum dalam kedua-dua kenderaan tersebut.

Menurutnya, suspek menggunakan tangki tambahan yang telah diubahsuai disyaki bertujuan menyeludup tumbuhan haram tersebut ke negara jiran.

“Sebelum ini penyeludup meletakkan daun ketum pada bahagian dinding kenderaan dan kita berjaya mengesannya, kini mereka menggunakan helah baru dengan menyembunyikan bahan tersebut dalam tangki tambahan.

“Ketika serbuan salah seorang daripada suspek sedang mengisi beberapa beg plastik ke dalam tangki kenderaan tersebut. Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek membeli bekalan daun ketum tersebut daripada seorang lelaki tempatan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambah beliau, suspek membeli daun ketum tersebut dengan harga RM1,900, manakala harga pasaran bagi jualan daun ketum itu dianggarkan melebihi RM3,000.

“Suspek berusia antara 40 hingga 50 tahun ditahan di IPD Kubang Pasu mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 untuk tindakan lanjut.

“Kita juga akan mengesan seorang lagi suspek iaitu pembekal daun-daun ketum tersebut,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang remaja berusia 19 tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok di Kampung Pering, Kodiang, di sini bersama sejumlah daun dan air ketum.

Abd Rahim berkata, ketika serbuan kira-kira jam 1.30 petang itu suspek cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan pihak polis.

“Hasil pemeriksaan kita menjumpai dua bekas plastik berisi 48 bungkus cecair disyaki air rebusan daun ketum dianggarkan sebanyak 16 liter. Kita juga menemui sejumlah daun ketum dengan anggaran berat tujuh kilogram di dalam pondok tersebut.

“Suspek merupakan seorang penganggur turut ditahan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – Sinar Harian Online

Tags: ketumpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd