• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Harga Barang Naik, Peniaga Sabotaj Kerajaan

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Harga barangan termasuk barangan keperluan asas yang semakin meningkat, sebenarnya antara lain berpunca daripada tindakan sesetengah peniaga yang sengaja menaikkannya demi meraih keuntungan berlebihan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang menegaskan perkara itu berkata peniaga kemudiannya mengalihkan perhatian dengan menyatakan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah menyebabkan kenaikan harga barangan.

“Banyak isu nasional yang (sengaja) ditokok tambah… semua harga barang dikatakan mahal kerana GST. GST ini satu sistem cukai yang baik (dan) digunakan oleh lebih 160 buah negara berbanding dengan sistem cukai lama yang banyak ketirisan dan mudah dimanipulasi orang. Melalui cukai GST, anda tidak boleh lari.

“Itu sebab peniaga marah… itu sebab (mereka) sengaja mensabotaj kerajaan. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa peniaga mensabotaj kerajaan. Saya selalu ambil contoh daging lembu daripada RM20 naik ke RM35 (sekilogram) Apa pasal? Daging kerbau daripada RM28 naik kepada RM38. Mereka kata itu semua disebabkan GST. Kerbau kandang pun tiada dan makan rumput, dan rumput pun percuma. Jadi apa kena mengena dengan GST?,” katanya dalam temu bual khas bersama Bernama di sini.

Malaysia menguatkuasakan GST, cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas pembekalan barangan dan perkhidmatan, pada kadar 6 peratus sejak 1 April 2015.

Ia menggantikan kadar 5 hingga 10 peratus Cukai Jualan dan 6 peratus Cukai Perkhidmatan (SST), sistem percukaian yang selama ini dilaksanakan di negara ini. Sebanyak 164 buah negara termasuk tujuh negara anggota ASEAN melaksanakan sistem percukaian seumpama GST.

Malaysia merupakan antara negara di dunia yang mengenakan kadar GST terendah selain daripada Bahrain, Kanada, Myanmar, Nigeria, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang kesemuanya pada kadar 5 peratus manakala negara jiran Singapura dan Thailand masing-masing 7 peratus, Indonesia 10 peratus manakala Jepun pada kadar 8 peratus.

Mohamad berkata GST merupakan satu sistem percukaian yang baik dan telus namun perlu penambahbaikan di peringkat penguatkuasaan.

“Tiada siapa nak kawal… ikan kembung RM22 (sekilogram), ikan mana ada GST, sayur mana ada GST, barang makan mana ada GST tetapi peniaga kata GST dan orang ramai pun akur, GST,” katanya.

Pada Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hasil pendapatan negara akan berkurangan dan Malaysia akan berada dalam keadaan defisit tanpa kutipan GST.

Tanpa GST, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata negara tidak mungkin mampu mengutip hasil sebanyak RM45 bilion setahun yang kemudian dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk bantuan pendidikan, bantuan kepada pekebun kecil dan nelayan serta Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd