• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Buat Laporan Palsu Dapat Ditangkap

oleh
16/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara empat bulan terhadap Mohd Ridhuan Giman.

Ridhuan didakwa membuat laporan palsu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menuduh pasangan yang dikatakan sedang berkhalwat.

Namun apabila diselidik, pasangan tersebut sebenarnya suami isteri yang sah.

Mahkamah Majistret telah membuat keputusan pada 26 Februari lalu bagi membersihkan kembali nama baik Penguat kuasa JAWI yang sebelum ini dituduh tidak melaksanakan tugas dengan profesional.

Berhubung isu tersebut, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki memberitahu, Jabatan Agama Islam akan mengambil tindakan mengikut syarat yang telah digariskan.

“Sering kali pihak berkuasa agama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri didakwa mengambil sesuatu tindakan seperti menangkap orang berkhalwat secara semberono. Sedangkan pihak berkuasa hanya mengambil tindakan berasaskan aduan orang ramai dan mengikut yang digariskan syarak,” ujar beliau melalui entrinya di Facebook.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki.

Tambahnya lagi, pelbagai usaha yang dilakukan oleh puak-puak anti-Islam yang dipelopori kelompok Liberal yang cuba menjatuhkan nama baik institusi-institusi agama.

Beliau juga berharap agar usaha sama dapat dilakukan bagi memupuk kualiti Islam dan tidak sama sekali bersekongkol dengan golongan yang mahu menjatuhkan nama baik Islam. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: Jabatan Agama IslamLaporan Palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Palsu Culik, Ibu Bapa Pelajar Mungkin Didakwa

Laporan Palsu Culik, Ibu Bapa Pelajar Mungkin Didakwa

30/09/2022
0

IPOH: Polis akan menyerahkan kertas siasatan sekali gus dan menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes cubaan menculik murid...

Suri Rumah Dituduh Buat Laporan Palsu Dakwa Anak Didera

Suri Rumah Dituduh Buat Laporan Palsu Dakwa Anak Didera

26/09/2022
0

SHAH ALAM – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat laporan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd