• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Idham Tak Puas Hati, Mahu Lapor SPRM

oleh
15/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGARAH filem, Ahmad Idham mengakui beliau tidak berpuas hati dengan pelaksanaan agihan pawagam mengikut Skim Wajib Tayang termasuk mendakwa panel penilai menyifatkan filem arahannya, Hantu Wangan sebagai ‘kecil’.

Susulan perkara itu, Idham dilihat tidak hanya berdiam diri sebaliknya bakal membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung hal itu dalam masa terdekat.

Menurut Idham, beliau mahu pihak SPRM menyiasat jawatankuasa berkenaan yang didakwanya bersikap tidak adil dalam membuat keputusan berhubung jumlah pawagam bagi tayangan filem terbaharunya.

Katanya, beliau berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dalam jawatankuasa itu hinggakan filem terbarunya yang bakal ditayangkan pada Khamis depan hanya hanya memperoleh 23 pawagam sahaja sebelum ini.

“Saya buat rayuan kedua dan jumlah pawagam ditambah kepada lebih 30 premis. Mujur dalam kalangan pempamer adalah kenalan saya.

“Disebabkan simpati, mereka menambah jumlah pawagam menjadi 43 premis. Alasan yang diberi jawatankuasa itu, filem saya ‘kecil’.

“Sejak bila ada syarat filem ‘kecil’ atau ‘besar’ dalam menentukan jumlah pawagam? Kenapa tidak ada buku peraturan yang dikeluarkan?” kata beliau dipetik beberapa sumber.

Jelasnya, beliau yang mengakui sangat kecewa dengan perkara itu mendakwa insiden seperti ini sudah lama berlaku namun tiada pengarah mahupun penerbit yang berani tampil ‘bersuara’.

Pun begitu, beliau sama sekali tidak menyalahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang memperkenalkan skim tersebut.

Sebaliknya, Idham mendakwa ada sesuatu yang tidak kena dengan jawatankuasa yang dilantik sebagai pelaksana dalam skim berkenaan.

“Saya fikir ada sesuatu yang berlaku kerana mereka boleh mengubah keputusan yang dibuat sesuka hati selepas saya membuat rayuan berulang kali.

“Kita ada 150 pawagam di Malaysia, saya cuma minta 40 pawagam. Dalam jawatankuasa ini, pihak pawagam hanya mewakili satu peratus daripada keputusannya, selebihnya ditentukan penerbit dan anggota yang dilantik,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Idham memaklumkan beliau kini dalam proses mengumpul maklumat dan bahan bukti sebelum membuat laporan penuh berhubung insiden berkenaan kepada SPRM. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ahmad Idham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hans Isaac Enggan Tunduk, Takkan Meletak Jawatan

12/12/2019
0

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac tidak akan tunduk kepada gesaan enam persatuan artis yang mahu...

Hans Isaac Didesak Letak Jawatan Cuba Sabotaj CEO Finas

11/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penggiat seni mendesak Hans Isaac meletak jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd