• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepolisan Moden Dengan Komuniti Perlu Digabungkan

oleh Ahmad Albab
15/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha menggabungkan aspek kepolisan moden dengan kepolisan komuniti harus dipertingkatkan bagi menangani jenayah dan menjaga ketenteraman awam.

Beliau berkata usaha ini amat penting bagi memastikan perkhidmatan menyeluruh yang berteraskan teknologi.

“Kepolisan moden ini bukan sekadar berpakaian kemas semata-mata tetapi aset dan peralatan yang moden.

Dengan berbekalkan kepolisan moden dan kerjasama kepolisan komuniti, objektif pencegahan jenayah akan tercapai,” katanya ketika merasmikan Program Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai (PSP) di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan sentiasa memberikan perhatian dan sangat sensitif dalam isu persepsi masyarakat terhadap jenayah.

Ahmad Zahid berkata kepolisan berorientasikan masyarakat juga merupakan aspek yang penting bagi membina perhubungan erat dan kerjasama rapat di antara masyarakat dan polis untuk menangani isu jenayah.

Katanya, kadar jenayah di Pulau Pinang berjaya diturunkan 11.25 peratus tahun ini hasil usaha polis, MCPF dan juga kepolisan komuniti.

“(Oleh itu)..semua lapisan masyarakat digalakkan terlibat dalam program kepolisan komuniti untuk meningkatkan tahap akauntabiliti dan tanggungjawab pihak polis kepada komuniti tempat mereka berkhidmat,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penurunan kadar jenayah ini akan mampu meningkatkan persepsi masyarakat terhadap anggota polis.

Namun, katanya, kerjasama dan kesepakatan yang kukuh daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pelbagai organisasi berkaitan tidak kira di peringkat tempatan mahupun nasional merupakan asas utama untuk mengurangkan dan mengawal aktiviti jenayah. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiJenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd