• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Ahli Perniagaan Cuba Rasuah Polis Ditangkap

oleh Ahmad Albab
15/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Tiga ahli perniagaan ditahan kerana menawarkan wang suapan antara RM1,000 hingga RM1,500 kepada polis dalam serbuan di tiga lokasi berbeza di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri Supt Tan Hiap Seng berkata ketiga-tiga suspek lelaki tempatan masing-masing berumur 30, 46 dan 43 tahun ditahan di tiga kedai runcit iaitu di Desa Indah, Jalan Maigold Senadin dan Quadruplex Permyjaya.

“Pelbagai jenama rokok dan minuman keras dengan nilai keseluruhan RM421,150 dipercayai tidak dibayar cukai dirampas dari tiga lokasi berbeza itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semasa pemeriksaan dibuat, ketiga-tiga pemilik premis perniagaan gagal menunjukkan bukti pembayaran cukai kepada Jabatan Kastam terhadap kotak rokok serta minuman keras yang telah diperiksa.

Dalam serbuan pertama di Desa Indah, pada 10.55 pagi semalam, polis telah merampas 650 karton rokok dan 24 tin minuman keras pelbagai jenama bernilai RM138,180.

Tan berkata dalam serbuan itu, seorang suspek telah menawarkan wang suapan RM1,500 kepada polis bertugas.

“Serbuan kedua pula dilakukan di Jalan Maigold Senadin pada 11.10 pagi semalam, menyaksikan 1,000 karton rokok pelbagai jenama dirampas bernilai RM97,000 dan suspek yang berada di premis tersebut turut menawarkan wang suapan RM1,000,” katanya.

Beliau berkata, manakala bagi serbuan ketiga di Quadruplex Permyjaya pada 12.45 tengah hari, suspek ketiga pula menawarkan wang suapan RM1,000 setelah 168 tin minuman keras dan 18 kotak mengandungi botol minuman keras bernilai RM185,970 ditemukan .

Pihaknya telah memberi beberapa amaran keras kepada ketiga-tiga suspek supaya jangan memberi wang suapan, namun tidak diendahkan.

Beliau berkata kesemua tiga suspek diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Miri yang turut bersama dalam operasi, manakala barangan dirampas telah diserah kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Ahli PerniagaanKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd