• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Rasmi Taman Rekreasi 99 Wonderland Park

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini merasmikan Taman Rekreasi 99 Wonderland Park di Tasik Sri Murni, di sini, sebuah mercu tanda rekreasi yang unik dan baharu di ibu kota.

Selepas gimik perasmian di pintu masuk utama, Perdana Menteri dibawa mengelilingi sepanjang 2.3 kilometer trek tasik rekreasi berkenaan.

Beliau turut menyaksikan persembahan bunga api bersama-sama kira-kira 10,000 pengunjung, sebelum beredar pulang setelah meluangkan masa selama lebih sejam.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dan Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff B.K. Lee.

Pembangunan taman rekreasi seluas kira-kira 8.9 hektar oleh Kumpulan JL99 itu mengambil masa kira-kira dua tahun dengan kos sebanyak RM18 juta.

Dibangunkan daripada sebuah kolam tadahan terbiar, lokasi itu kini berubah wajah dengan dihiasi lampu-lampu LED pada waktu malam.

Antara tarikan taman rekreasi itu ialah ‘hatchery & incubator room’, ‘deer yard’, ‘ostrich farm’, ‘bird square’, ‘rabbit house’, ‘duck lagoon’ dan binatang-binatang eksotik serta kemudahan-kemudahan seperti Sky Fountain, Magical Bridge, T-Rex Ring, Golden Waterfall, 12 Zodiac Zone dan 99 Cruise.

Taman Rekreasi 99 Wonderland Park akan dibuka bermula dari pukul 6 petang-9.30 malam (Isnin-Khamis) dan pukul 6 petang-10 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum) dan masuk adalah percuma selama sebulan bermula hari ini untuk kesemua warganegara Malaysia yang memegang MyKad.

Lee dalam satu kenyataan berkata pelaksanaan projek seperti ini merupakan salah satu contoh di mana kerajaan sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia.

“Kumpulan JL99 akan terus memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan untuk melaksanakan projek seperti ini untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di sekitar kawasan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: 99 Wonderland ParkDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar Najib Bersama Proton Perdana 18,000 ‘Like’ Dalam Masa Singkat

Gambar Najib Bersama Proton Perdana 18,000 ‘Like’ Dalam Masa Singkat

07/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Gambar lama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di sisi kenderaan rasmi Proton Perdana ketika...

Zaman Politik Sentimen Auta Pakatan Harapan Sudah Berlalu – Asyraf Wajdi

Zaman Politik Sentimen Auta Pakatan Harapan Sudah Berlalu – Asyraf Wajdi

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa hairan dengan kempen Pakatan Harapan (PH) dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd