• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Nelayan Warga Indonesia Maut Terbelit Pukat Tunda

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dua nelayan warga Indonesia maut dipercayai terbelit pukat tunda ketika menarik dan menyusun pukat tunda berkenaan di atas kapal di perairan Pulau Mengalum, dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, nelayan berkenaan dikenali Muhamad Mansur, 31, dan Gading Abdullah, 21, dipercayai sudah meninggal dunia sebaik tiba di jeti dan terus dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, untuk bedah siasat.

Katanya polis menerima maklumat kejadian itu daripada seorang pemilik bot tunda pada kira-kira 4.45 petang semalam yang melaporkan dua pekerjanya meninggal dunia semasa menarik dan menyusun tali pukat tunda di atas kapal.

“Tidak sebarang perbuatan atau unsur jenayah dikesan dalam kemalangan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Chandra berkata, orang ramai yang mengenali mangsa diminta membantu pihak polis menghubungi keluarga mereka bagi membolehkan keluarga mangsa berhubung dengan balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat. – BERNAMA

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd