• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kantoi! Mahathir ‘U-Turn’ Jadi Calon DAP PRU-14

oleh
13/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERSERLAH… Akhirnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang belum disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), mengakui beliau sedia menjadi calon DAP.

Perkara itu memang sudah dijangka ramai penganalisis politik tempatan ekoran kemelut Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mungkin dibubarkan RoS tidak lama lagi kerana melanggar perlembagaannya sendiri.

Mahathir, 92, dengan bangga berkata beliau sanggup bertanding di bawah tiket mana-mana parti politik dalam PH termasuk DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, jika PPBM dibatalkan pendaftaran oleh RoS.

Pengerusi PPBM itu dengan nada yakin berkata perkara itu antara pilihan yang sedang difikirkan susulan krisis partinya berdepan tindakan RoS, sekali gus membuktikan beliau sanggup melakukan ‘pusingan U’ demi politik.

“Saya terbuka, malah saya sedia bertanding untuk DAP, mungkin presiden DAP,” kata Mahathir dengan sinis pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen di ibu negara pada Selasa.

Beliau diminta mengulas sama ada PPBM akan meletakkan calonnya tetapi perlu bertanding menggunakan tiket rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang pada PRU ke-14 jika parti kecil serpihan UMNO itu dibubarkan.

Ditanya sama ada permasalahan melanda PPBM itu menjadi halangan bagi PH pada PRU nanti, Mahathir berkata: “Memang, jika mereka (RoS) tidak meluluskannya, akan jadi sukar, tetapi kami akan berkempen sebagai pakatan.”

Baru-baru ini, RoS mengeluarkan notis kepada PPBM mengkehendaki ia menyerahkan maklumat serta dokumen termasuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan parti kepada jabatan itu.

Pengamat politik tanah air meramalkan kemelut itu menyaksikan Mahathir bakal bertanding atas tiket DAP kerana dianggap lebih selamat berbanding dengan menjadi calon PKR atau serpihan PAS iaitu PAN yang jauh lebih lemah.

Krisis PPBM turut menjadi bahan jenaka netizen pro-Barisan Nasional yang menyindir parti berlambang bunga itu tidak mampu pun menguruskan dirinya tetapi ‘bernafsu besar’ memerintah Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAPMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd