• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Selangor Periksa Pusat Undi, Pengiraan Undi

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor akan mengadakan pemeriksaan keselamatan ke atas semua pusat mengundi dan pengiraan undi di negeri ini bermula Isnin depan, sebagai langkah persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Pengarahnya Azmi Othman berkata pemeriksaan berkenaan bertujuan memastikan semua pusat mengundi dan pengiraan undi di Selangor bebas daripada sebarang bahaya kebakaran.

Dalam pemeriksaan berkenaan, katanya JBPM Selangor akan melihat kepada aspek sistem penggera kebakaran, alat bantuan memadam kebakaran dan akses untuk jentera bomba selain mengenal pasti sumber air yang boleh digunakan untuk memadam kebakaran sekiranya berlaku.

“Kami juga akan melatih petugas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) di kedua-dua pusat berkenaan mengenai cara-cara menggunakan alat pemadam api. Bagi pusat mengundi, pemeriksaan akan dijalankan pada waktu siang, manakala pemeriksaan di pusat pengiraan undi akan dibuat pada waktu malam, ini berdasarkan waktu operasi sebenar kedua-dua pusat berkenaan.

“Pemeriksaan sama turut akan dijalankan di hotel-hotel kerana kami percaya hotel ini akan dipenuhi orang ramai terutamanya waktu tempoh berkempen, dan diharapkan pengurusan hotel di negeri ini dapat memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan JBPM Selangor di sini hari ini.

Menurut Azmi, hasil laporan dan cadangan daripada pemeriksaan ke atas pusat mengundi dan pengiraan undi itu kemudian akan diserahkan kepada SPR untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata semasa hari pengundian, JBPM Selangor akan turut menempatkan sebuah jentera dan sebuah ambulans Perkhidmatan Perubatan Kecemasan di pusat mengundi serta pengiraan undi yang terletak jauh dari balai bomba sebagai langkah keselamatan.

Azmi berkata kesemua 1,450 anggota dari 34 balai di seluruh Selangor sudah bersedia untuk bertugas sepanjang tempoh PRU14 berlangsung.

“Dari segi jumlah anggota, kami tidak mempunyai masalah berikutan anggota bomba dan penyelamat pada tahun ini dibenarkan melakukan undi pos, jadi masalah anggota bercuti untuk balik mengundi di kampung halaman tidak timbul,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: BombaPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd