• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawak Pergi Bergambar Di Rumah Orang Tak Kenal!

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN inilah jenaka terbaik pada tahun ini apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa tidak kenal individu ini tetapi siap bergambar dengan ceria dalam rumah orang itu pula!

Bayangkanlah belum pernah berlaku dalam sejarah, pemimpin pergi ke banglo orang dan bergambar begitu sahaja tetapi lepas ‘kantoi’ foto eksklusif itu tular menerusi media sosial, terus berdalih konon tidak kenal tuan rumahnya.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diketahui sering swafoto dalam rumah rakyat marhaen dan sempat dimuat naik melalui laman sosial pun bangga bercerita dapat masuk sendiri ke kediaman penduduk.

Kelakarnya, Setiausaha Agung DAP itu yang kini terpalit dengan skandal hartanah di Pulau Mutiara, cuma memberi alasan konon lupa siapa individu tersebut akibat selalu jumpa rakyat jelata sepanjang masa di mana-mana sahaja.

Padahal semua maklum, gambar itu dirakamkan bukan dalam program rasmi anjuran kerajaan negeri atau parti politik tertentu tetapi Guan Eng memilih untuk menyalahkan media arus perdana yang bongkar foto berkenaan.

Justeru aktivis sosial, Datuk Huan Cheng Guan mendesak Guan Eng perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan sebenar berada di rumah ahli perniagaan syarikat dikaitkan de­ngan kes rasuah projek terowong dasar laut.

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) itu berkata, aksi kelibat Guan Eng dengan Datuk Seri Gnanaraja Gnanasundram di lokasi yang disifatkan agak peribadi; bukannya majlis rasmi atau tepi jalan – adalah amat aneh!

Menurut beliau, foto Guan Eng bersama-sama individu itu juga menunjukkan mereka mengenali rapat antara satu sama lain, sekali gus mempersoalkan perkara yang dibincangkan kedua-dua mereka dalam pertemuan unik tersebut.

“Ini menimbulkan persoalan apa kepentingan ahli perniagaan itu di Pulau Pinang dan adakah beliau mempunyai apa-apa urusan perniagaan penting di negeri ini?” soal Cheng Guan kepada pemberita di George Town semalam.

Gnanaraja sebelum ini direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didakwa menerima wang berjumlah RM19 juta daripada pemaju projek terowong dasar laut bagi menutup siasatan kes mega tersebut.

Awal Mac lalu, SPRM berjaya membeku empat akaun berjumlah RM3.6 juta dan menyita beberapa buah kenderaan mewah bernilai kira-kira RM1.3 juta milik Gnanaraja yang juga pemilik Yayasan Malaysia Ventures Entrepreneur.

Mengulas lanjut, Cheng Guan menambah, Gu­an Eng tidak lagi boleh bersembunyi kerana sebagai pe­mimpin utama kerajaan negeri, beliau perlu menjelaskan perkara sebenar kepada penduduk Pulau Pinang dan bukannya berdalih.

Ironinya, Guan Eng menerusi satu kenyataan mendakwa konon sebagai pemimpin masyarakat menjadi lumrah untuk bergambar dengan sesiapa dan sukar mengingati setiap foto yang diambil. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Lim Guan Engterowong dasar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd