• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Guna Akta 655 Tamat Kemelut Air Selangor

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan persekutuan mempertimbangkan untuk menggunakan peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air atau Akta 655 untuk mengambil alih kawalan operasi konsesi air di Selangor sekiranya krisis air di negeri itu terus berpanjangan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata bagaimanapun beliau berharap kerajaan Selangor dapat segera menyelesaikan perkara itu dengan menyatakan nilai yang sesuai untuk mengambi alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

“Anda tetapkan harga dan kerajaan bersedia untuk membantu anda jika tidak anda telah menyebabkan rakyat menderita, semua halangan dan catuan (air) yang berlaku adalah dari kerajaan Selangor yang menyebabkan perkara ini berlanjutan.

“Akta 655 boleh pakai atas nama keselamatan negara, jika situasi ini berterusan kerajaan persekutuan akan meneliti perundangan yang ada termasuk, penggunaan Akta 655 namun saya mahu elakkan kerana kami harapkan ada keputusan,” katanya dalam waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) mengenai cadangkan penggunaan Akta 655 yang memberi peluang kerajaan persekutuan menyelesaikan perkara tersebut sehingga selesai dan memberi semula kuasa kepada kerajaan negeri.

Menjawab soalan asal Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Besar) mengenai status penstrukturan semula air Selangor, beliau berkata kelewatan pengambilalihan itu berlaku berikutan kegagalan kerajaan Selangor menawarkan nilai pengambilalihan SPLASH.

“Pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian penstrukturan air terpaksa lanjutkan tempoh pengambilalihan SPLASH sehingga tiga kali iaitu pada kali pertama selama enam bulan sehingga 6 April 2017, kali kedua enam bulan sehingga 5 Oktober 2017 dan ketiga selama sembilan bulan sehingga 4 Julai 2018,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: air selangorDatuk Seri Dr Maximus Ongkili
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

05/06/2024
1

SHAH ALAM : Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi esok, selepas kerja penyelenggaraan dan penggantian...

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

04/07/2023
0

Pengendali perkhidmatan air di Lembah Klang, Air Selangor meluahkan harapan agar kerajaan mengkaji semula tarif air secepat mungkin. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd