• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTC Perlis Muncul Pertama Tawar Kaunter Sehenti

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis yang menawarkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung dalam lawatan seharinya ke negeri ini.

UTC Perlis yang terletak di Kampung Sena di sini telah beroperasi sejak 23 Oktober tahun lepas dengan menyediakan perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk manfaat rakyat Perlis dan Kedah.

Dalam ucapannya, Najib berkata perasmian UTC ke-19 di negara ini, yang dibina dengan kos RM35.5 juta itu merupakan antara konsep revolusi perkhidmatan kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

“Bayangkan, hanya 10 minggu sahaja untuk menyiapkan UTC Perlis ini. Ia satu pencapaian yang cukup membanggakan selain tempatnya yang begitu strategik berdekatan pasar borong dan kawasan lot-lot kedai.

“Melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kita gunakan cara yang lebih kreatif dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan. Kita tidak pentingkan output sahaja, tetapi juga hasilnya,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

UTC Perlis juga adalah pertama di negara ini yang menawarkan operasi sehenti 1Serve iaitu satu kaunter boleh menyediakan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan sekali gus menjimatkan masa pelanggan.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Jelas perdana menteri, segala usaha kerajaan termasuk penyediaan UTC perlu bersifat inklusif dan tidak meminggirkan mana-mana individu dalam mengecapi nikmat pembangunan dan segala jenis bantuan kerajaan.

“Kita mesti pastikan bahawa setiap wilayah dan negeri, dari Perlis hingga ke Sabah, adalah merupakan negeri-negeri yang mendapat kesan begitu positif dari segi pembangunan dan sebarang program yang kita lakukan,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakUTC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd