• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Sedia Pelbagai Peruntukan Demi Al-Quran

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah akan terus memartabat dan mengekalkan penghayatan al-Quran melalui pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu agama di negeri ini dengan menyediakan pelbagai jenis peruntukan dan bantuan.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata peruntukan dan bantuan itu diluluskan dalam Bajet 2018 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tahun lalu.

“Dalam memastikan usaha ini berjaya, banyak sekolah agama telah dan akan dibina kelak. Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM4 juta bagi menaik taraf Maktab Mahmud dan Maahad Tahfiz Sains Kedah.

“Selain itu, kerajaan negeri akan meneruskan pemberian dana pengurusan bernilai RM2,000 sebulan kepada 11 pondok yang bernaung di bawah Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia. Bagi 20 pondok dan 64 maahad tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah pula menerima dana khas berjumlah RM10,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri tahun ini di Wisma Darul Aman di sini malam tadi.

Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri turut memperuntukkan dana RM3 juta untuk Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) Masjid bagi membolehkan kariah dan ummah sekitar kawasan masjid menggunakan dana bantuan itu untuk melakukan sebarang aktiviti keagamaan.

Beliau berkata budaya dan amalan membaca al-Quran haruslah dipertahankan dengan segala kudrat yang ada demi melihat negeri, Jelapang Padi ini mampu melahirkan generasi unggul yang dinamakan sebagai ‘Generasi Al-Quran’.

“Kita harap dengan peruntukan dan bantuan yang diberikan ini dapat meningkatkan kesedaran yang mendalam dalam kalangan masyarakat Islam terhadap penghayatan Islam secara menyeluruh dan holistik berteraskan kitab al-Quran,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Al-QuranKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd