• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mumia Tiga Jari Didakwa Makhluk Asing

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAHAGIAN besar sainstis menganggap `mumia tiga jari’ yang ditemui di Peru, tahun lepas sebagai penipuan semata-mata namun ada juga antara mereka yang terpesona dengannya.

Ia termasuk seorang pakar dari Rusia, Dr. Konstantin Korotkov yang mendakwa telah melakukan ujian DNA untuk membuktikan mumia itu bukan manusia.

Konstantin yang merupakan seorang profesor dalam bidang komputer sains dan biofizik di Saint-Petersburg Federal University percaya mumia itu adalah makhluk asing.

Beliau sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa mencipta kamera yang boleh merakamkan gambar roh manusia pada 2008. Dakwaannya ketika itu telah dikecam ramai.

Namun kali ini, Konstantin berminat dengan mumia yang dikenali sebagai Maria. Maria telah ditemui oleh seorang wartawan kontroversi Mexico, Jamie Maussan pada awal tahun lepas.

“Setiap mumia mempunyai dua tangan, dua kaki, kepala dan sepasang mata serta mulut. DNA mereka menunjukkan mereka mempunyai 23 kromoson, sama seperti kita.

“Semuanya adalah lelaki dan setiap satu dengan kromosom Y.

“Mereka kelihatan seperti manusia, tetapi bukan. Struktur anatomic mereka berbeza,’’ kata Konstantin kepada Sputnik News.

Bagaimanapun pakar makhluk asing Britain yang juga penulis buku UFO Investigations Manual, Nigel Watson menolak penemuan Konstantin dan menganggap ia sebagai penipuan.

“Saya rasa penemuan mengenai mumia ini sesuatu yang kelakar dan mumia itu juga mungkin palsu.

“Bukti baru menunjukkan Maria adalah manusia, satu-satunya perkara aneh ialah dia mempunyai struktur tulang rusuk yang tidak biasa. Ini mungkin kerana dia adalah montaj tulang yang dibuat oleh penipu,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: makhluk asingmumia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mesir Dedah Penemuan Terbesar Mumia

20/10/2019
0

LUXOR - Mesir mendedahkan 30 buah keranda kuno yang berisi mumia, merupakan pertemuan terbesar, yang ditemui di selatan negara itu...

Makhluk Asing Menonton Manusia Seperti ‘Haiwan Di Zoo’

24/03/2019
0

SABAN tahun ramai yang bertanya adakah wujud kehidupan lain di alam semesta ini selain makhluk bumi? Mungkin jawapan sebenar adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd