• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesir Dedah Penemuan Terbesar Mumia

oleh
20/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUXOR – Mesir mendedahkan 30 buah keranda kuno yang berisi mumia, merupakan pertemuan terbesar, yang ditemui di selatan negara itu di Luxor.

Sepasukan ahli arkeologi menemui ‘sekumpulan 30 buah keranda kayu bewarna untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak’ yang tersembunyi di tanah perkuburan Al-Asasif di tebing barat Luxor, menurut kenyataan Kementerian Antikuiti, lapor Reuters.

“Ia adalah penemuan keranda manusia tersembunyi terbesar pertama ditemui sejak akhir kurun ke-19,” kata Menteri Antikuiti Mesir,  Khaled El-Enany yang dipetik berkata semasa majlis pengumuman penemuan itu di Luxor.

Keranda yang diukir dan dicat tersebut, berusia 3,000 tahun, diisi dengan mumia dan berada dalam ‘keadaan baik, berwarna dan berukiran’, tambah kenyataan itu.

Terdapat mumia paderi lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang hidup pada kurun ke-10 Sebelum Masihi di bawah dinasti Firaun ke-22, kata ketua projek penggalian itu, Mostafa Waziri.

Kerja-kerka pemulihan keranda tersebut akan dilakukan sebelum ia dipindahkan ke ruang pameran Muzium Mesir Utama yang terletak bersebelahan piramid Giza yang akan dibuka pada tahun depan.

Penemuan terbaharu itu merupakan beberapa siri penemuan besar peninggalan purba yang mana Mesir berharap akan menghidupkan semula sektor pelancongan setelah menerima kesan teruk akibat ketidaktentuan politik sejak 2011 berikutan pemberontakan yang menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak.

Pada awal bulan ini, Mesir mendedahkan penemuan arkeologi di Luxor termasuk zon industri di Lembah Barat bandar itu yang juga dikenali dengan nama Lembah Monyet. – Agensi

Tags: kerandamanusiaMesirmumia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd