• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Halang Kerja Meroboh Pasar Di Pasar Puteh

oleh AK-47
12/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Kerja meroboh Pasar Besar Pasir Puteh oleh Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) tidak dapat dilakukan apabila dihalang sebahagian besar 375 peniaga yang menjalankan perniagaan di situ, hari ini.

Kumpulan yang kebanyakannya wanita itu menghalang jentolak daripada merobohkan pasar tersebut bermula 9.30 pagi, namun kehadiran sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh telah dapat mengawal keadaan.

Sebelum ini, MDPP mengeluarkan notis supaya peniaga terbabit berpindah ke pasar baharu Pasar Siti Hajar yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ, namun mereka enggan berpindah atas alasan kawasan berkenaan tidak strategik dan ruang niaga yang sempit.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Pasir Puteh, Kamarzaman Che Ngah berkata pihak berkenaan tidak sepatutnya cuba merobohkan pasar tersebut kerana para peniaga telah membawa perkara itu ke mahkamah.

“Peniaga bersedia mematuhinya sekiranya mahkamah membuat keputusan supaya mereka berpindah ke pasar yang baharu itu tetapi pihak MDPP sepatutnya menunggu keputusan itu sebelum mengambil tindakan untuk meroboh pasar ini,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga barangan runcit Faridah Mustafa, 54, berkata tindakan untuk merobohkan pasar tersebut agak keterlaluan memandangkan mereka telah menjalankan perniagaan di situ sejak 1980 tanpa sebarang masalah berbanding pasar baharu yang kurang menyakinkan.

Beliau bimbang berniaga di pasar baharu akan menjejaskan pendapatannya berikutan kurang sambutan daripada pelanggan kerana terletak di lokasi kurang strategik dan agak jauh dari jalan utama. – BERNAMA

Tags: pasar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilikan Tapak Pasar Pertanian Oleh Warga Asing Perlu Dikaji

29/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebuah jawatankuasa baharu di peringkat tertinggi Kabinet perlu diwujudkan bagi mengkaji lambakan warga asing yang memiliki, antara...

Melaka Percepat Pembinaan Pasar Besar Kekal

25/07/2018
0

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan berusaha mempercepatkan pembinaan pasar besar kekal di tapak lama bangunan Pasar Besar Melaka Sentral...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd