• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilikan Tapak Pasar Pertanian Oleh Warga Asing Perlu Dikaji

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah jawatankuasa baharu di peringkat tertinggi Kabinet perlu diwujudkan bagi mengkaji lambakan warga asing yang memiliki, antara lain, tapak pasar pertanian dan kebun kecil di dalam negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata kementeriannya tidak boleh bertindak bersendirian dan memerlukan kerjasama kementerian lain bagi menangani isu berkenaan secara holistik.

Katanya, fungsi jawatankuasa yang dicadangkan ini berbeza dengan jawatankuasa Kabinet sedia ada yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri bagi mengawal kemasukan pekerja asing.

“Di MOA, paling kita mampu ialah menyediakan kemudahan terbaik, kita hanya mampu berikan segala kemudahan berdasarkan peruntukan yang kita ada untuk galakkan anak-anak muda tempatan terlibat dalam industri ini.

“Tetapi kalau ada lambakan orang asing tanpa kawalan dan pemberian sewa dan pemilikan bangunan yang begitu longgar itu, saya rasa kita perlu bincang di peringkat Kabinet lebih besar,” katanya pada sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri M Saravanan (BN-Tapah) yang ingin tahu tindakan kerajaan dalam mengawal pemilikan kebun kecil sehingga ke tapak perniagaan oleh warga asing yang disifatkan sangat bahaya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Saravanan mengenai cadangan kementerian dalam meningkatkan pendapatan golongan muda dalam bidang pertanian, Salahuddin berkata antara lain kerajaan akan melancarkan Majlis Agropreneur Muda, satu platform baharu selepas Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) diadakan pada 22 Nov sehingga 2 Dis ini.

“Ini satu platform besar untuk tarik golongan muda, kita akan berikan kebebasan untuk mereka sama ada untuk memimpin atau untuk merangka strategi atas kapasiti mereka sendiri untuk majukan peranan belia dalam bidang pertanian,” katanya. – BERNAMA

Tags: pasarwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MyCC Kenakan Penalti Terhadap 7 Pusat Tuisyen & Penjagaan

Next Post

Asyraf Wajdi Sekali Lagi Cabar Syed Saddiq Dialog Isu Ketuanan Melayu

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

Asyraf Wajdi Sekali Lagi Cabar Syed Saddiq Dialog Isu Ketuanan Melayu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd