• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pembangkang Diketuai DAP Tolak Islam” – Asyraf Wajdi

oleh Haris
14/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kuasa politik yang kuat untuk mentadbir negara seterusnya mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana Pakatan Harapan yang diterajui DAP dilihat tidak mampu untuk melakukannya kerana dalam perlembagaan DAP sendiri, tidak pernah mengakui Islam sebagai agama persekutuan.

“Perlembagaan DAP secara zahirnya mahu menjadikan negara ini sama rata dan pemimpin mereka seringkali menyatakan Malaysia adalah negara sekular… apa jaminan mereka untuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

“Yang menerajui Pakatan Harapan pula adalah DAP, jadi kita kena lihat asal usul perjuangan mereka,” katanya kepada pemberita selepas Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat negeri Pahang di Dewan Tun Razak hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Asyraf berkata parti PAS pula yang selama ini dikatakan memperjuangkan Islam, hanya bertanding 40 kerusi parlimen pada pilihan raya umum nanti, sedangkan untuk memastikan agenda Islam berterusan, ia memerlukan satu parti yang mempunyai kuasa politik yang kuat untuk mentadbir negara.

“Kita tidak menafikan perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam, tetapi dalam masa yang sama mereka juga tidak boleh menafikan perjuangan untuk membangunkan dan memartabatkan Islam 60 tahun sebelum ini turut dilakukan oleh UMNO.

“Sebab itu selagi BN memerintah negara ini, hak agama Islam akan terus dipertahankan, hak agama lain kita hormati sekali gus ia dapat memastikan keharmonian negara ini dapat terus dikekalkan.

“Itu antara faktor negara luar mengiktiraf Malaysia dan menjadikan negara kita sebagai contoh negara Islam yang sebenar dan berjaya menjamin kemakmuran,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Asyraf Wajdi berkata, kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM564.9 juta bagi imbuhan imam, guru takmir dan guru KAFA di seluruh negara untuk tahun ini.

Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk bantuan “one-off” diumumkan perdana menteri semasa bajet lalu iaitu sebanyak lebih RM94 juta untuk diagihkan kepada pegawai masjid seperti bilal dan tok siak.

Katanya, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerima peruntukan RM47 juta tahun ini bagi bayaran imbuhan imam, guru takmir dan guru Kafa dan jumlah itu tidak termasuk pemberian “one-off” sebanyak RM8.226 juta seperti diumumkan Perdana Menteri semasa bajet. – BERNAMA

Tags: agama islamDatuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd