• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto Malaysia Sejahtera Tiada Terma Negara Islam

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang yang diterajui PAS, akan melancarkan manifesto dengan sembilan teras bertemakan ‘Malaysia Sejahtera’ pada Ahad ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun terma ‘negara Islam’ tidak digunakan secara langsung dalam manifesto itu, kandungannya adalah selaras dengan perlembagaan PAS yang mahu mewujudkan sebuah masyarakat harmoni, aman dan mematuhi perintah Tuhan.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat bulanan PAS Pusat, di sini hari ini, beliau berkata antara teras manifesto ialah pembentukan sebuah kerajaan yang berintegriti, beramanah serta bebas korupsi; penambahan pendapatan boleh guna dan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat; dan pemberdayaan (pemerkasaan) rakyat untuk meredakan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup.

Turut terkandung pengurangan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar; peningkatan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan cemerlang; pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras kehendak syariah; dan pengukuhan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri.

Teras lain ialah pemerkasaan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan demokrasi; dan penambahbaikan keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan memerlukan.

Tuan Ibrahim berkata manifesto itu dirangka hasil perbincangan dan persetujuan komponen Gagasan iaitu PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia.

Mengulas perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim berkata pembahagian kerusi pakatan itu telah selesai 70 peratus dan setakat ini mereka masih kekal untuk bertanding di sekurang-kurangnya 130 kerusi parlimen.

Mengenai sumpah baiah calon PAS, beliau berkata perkara tersebut akan dimuktamadkan oleh Majlis Syura parti dan setakat ini mereka tidak menerima sebarang cadangan untuk melaksanakan lafaz baiah talak tiga daripada mana-mana PAS negeri termasuk Kelantan. – BERNAMA

Tags: Gagasan Sejahtera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanjung Piai: Referendum Rakyat

16/11/2019
0

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat di Parlimen Tanjung Piai yang telah menunaikan kewajipan...

Pakatan Harapan Umpama Kera Dapat Bunga

08/08/2019
0

1. Pimpinan Pakatan Harapan pada hari ini dilihat sangat kemaruk kepada kuasa hingga lupa masalah rakyat, kemelesetan ekonomi negara, isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd