• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Curi Plat Landasan Kereta Api

oleh Ahmad Albab
12/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencuri dua buah plat getah landasan kereta api di kawasan Kilometer 5.5, Taman Impian Emas, Skudai, 22 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd. Taib Ahmad berkata kejadian pada pukul 6.40 petang itu disedari anggota Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang ketika itu sedang membuat kerja pemantauan.

“Anggota kita yang sedang menjalankan tugas ketika itu kemudian melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dan telah menceroboh landasan kereta api di lokasi berkenaan.

“Polis berjaya menahan lelaki berkenaan dan hasil siasatan menjumpai sebuah karung guni yang mengandungi dua plat getah landasan kereta api,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, polis turut merampas sebilah pisau yang diubah suai daripada simpanan suspek yang berusia 32 tahun.

​​​​​​​Siasatan lanjut di kawasan berkenaan mendapati terdapat kesan umpil dan kehilangan dua plat getah pada landasan di lokasi berkenaan yang mana ia boleh menjejaskan kestabilan landasan tersebut.

“Kita bersama pihak KTMB memandang serius perbuatan jenayah yang melibatkan apa jua instalasi pengangkutan awam khususnya ke atas landasan kereta api kerana ia boleh membahayakan keselamatan dan nyawa awam,” kata beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 64 (1)(b) Akta Keretapi 1991 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958. – BERNAMA

Tags: Kes CuriKTMBpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd