• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Dakwa Laporan Malaysiakini Menyeleweng

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat PAS Pusat, Suhaimi Embong menafikan beliau menawarkan bekas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah bertanding di bawah Gagasan Sejahtera dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurutnya, kenyataan beliau telah dipetik secara menyeleweng dan terkeluar daripada maksud asal dan sebenar oleh portal berita Malaysiakini ketika beliau berucap dan kemudian ditanya oleh pihak wartawan.

“Saya tahu saya tiada hak untuk menawarkan sesiapa untuk menjadi calon (Bahkan saya bukan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat seperti yang disiarkan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Portal berita itu melaporkan Suhaimi yang ditulis sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menawarkan bekas pengerusi BERSIH untuk bertanding di bawah Gagasan Sejahtera, sebuah gabungan parti politik pimpinan PAS.

Suhaimi didakwa membuat tawaran itu selepas maklum Maria Chin dilaporkan berhadapan cabaran dalam mendapat kerusi daripada gabungan Pakatan Harapan.

Maria Chin secara rasmi meletakkan jawatan sebagai pengerusi BERSIH pada 6 Mac lalu dan sedang berbincang dengan Pakatan Harapan supaya menawarkan kerusi kepadanya.

Pengumuman Maria Chin untuk bertanding dibawah tiket Pakatan Harapan itu menimbulkan persoalan sama ada gerakan bebas BERSIH yang dipeloporinya selama ini sebenarnya boneka pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan.

“Saya ingin merakamkan kekecewaan terhadap tahap pemberitaan yang tidak profesional yang diamalkan oleh pihak media yang terbabit. Semoga rakyat Malaysia terus dibekalkan berita yang benar dan tepat dan diselamatkan dari propaganda pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Suhaimi lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MalaysiakiniPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd