• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukun Tiruan Tingkat Pendapatan Nelayan Pantai

oleh Ahmad Albab
12/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTATAN – Projek menggalakkan pembiakan ikan di kawasan pesisir perairan Sabah menggunakan tukun tiruan berjaya meningkatkan pendapatan kasar nelayan pantai sehingga 50 peratus, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Beliau berkata berdasarkan kajian, pendapatan kasar seorang nelayan pantai meningkat sehingga RM40.67 untuk satu trip sehari selepas adanya tukun tiruan itu. Projek ini yang dijalankan sejak 1982 menyaksikan 1,029 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan Sabah setakat ini dengan kos keseluruhan kira-kira RM12 juta, katanya ketika berucap merasmikan Majlis Mensejahterakan Komuniti Nelayan Daerah Putatan 2018 di sini hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata objektif lain projek berkenaan ialah untuk menghalang pencerobohan kapal pukat tunda di kawasan pesisir pantai nelayan tradisional selain memulihkan sumber perikanan pesisiran pantai yang kian merosot.

Mengenai pembayaran elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan yang layak di Sabah di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Yahya berkata seramai 17,374 nelayan di negeri ini menerima bantuan itu setiap tahun bagi meringankan beban mereka.

“Diharapkan bantuan ini sedikit-sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan mereka. Kerajaan melalui LKIM telah membelanjakan sebanyak RM 62,546,400 bagi tujuan ini dalam masa setahun sahaja (setiap tahun),” katanya.

Menurut Yahya kerajaan begitu prihatin dan sentiasa mendengar denyut nadi komuniti nelayan bagi meningkatkan taraf hidup mereka sehingga ke generasi akan datang.

Katanya kerajaan menubuhkan empat agensi khusus untuk menangani isu-isu melibatkan kehidupan nelayan di negeri ini iaitu Jabatan Perikanan Sabah, LKIM, Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) serta Pemasaran Perikanan Sabah (SAFMA).

“Setahu saya, tiada negeri yang menyediakan pembelaan sebegitu besar kepada golongan nelayan seperti negeri kita ini. Justeru itu, saya memohon kepada para nelayan supaya memberikan sokongan serta kerjasama yang tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan serta jabatan/agensi terlibat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program demi kebaikan tuan-tuan sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: NelayanTukun Tiruan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd