• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Penuntut Malaysia Terlibat Kemalangan Di Ireland

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan lima penuntut Malaysia yang sedang belajar di National University of Ireland di Galway terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Jumaat (9 Mac) lepas ketika sedang menuju ke Galway dari sebuah pekan kecil iaitu di Letterkenney.

Kementerian itu menerusi kenyataan berkata kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan pada 6 petang waktu tempatan itu dikejarkan ke Mayo General Hospital di Castlebar untuk menerima rawatan.

“Tiga mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan pulang, manakala dua lagi masih dirawat,” katanya.

Bagaimanapun kedua-dua mangsa tersebut dilaporkan stabil.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar melalui kedutaan besarnya di Dublin, Ireland akan terus memantau keadaan mangsa serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: IrelandPenuntut IPT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

09/12/2025
0

PASIR MAS: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Sesyan di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan...

AI Bolehkan Penuntut IPT Terima Akses Maklumat Diselaras

AI Bolehkan Penuntut IPT Terima Akses Maklumat Diselaras

10/05/2024
2

Kuala Lumpur : Penuntut institusi pengajian tinggi bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd