• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SSM: Program BizFair Penuh Dengan Aktiviti

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Advertorial, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARUT – Program BizFair yang diadakan pada 9 dan 10 Mac baru-baru ini ternyata bukan sahaja memberi faedah kepada para usahawan, malah pelbagai aktiviti menarik telah dirangka buat pengunjung sepanjang dua hari ia berlangsung.

Selain didedahkan dengan pelbagai ilmu asas perniagaan dan informasi terkini berkaitan keusahawanan, para pengunjung di Arena Batu Kurau, di sini, tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Antaranya adalah pertandingan Karaoke BizFair 2018, di mana seramai 10 peserta berentap sambil mencungkil bakat nyanyian membawakan lagu pilihan masing-masing.

Marsidi Mahen, 31, yang lengkap berpakaian serba merah muncul juara pertandingan apabila laungan vokalnya yang tinggi berjaya memukau juri ketika menyanyikan lagu berjudul ‘Kau Yang Tersendiri’.

Manakala, Norlela Nodin yang menyanyikan lagu Kau Merubah Segalanya merangkul tempat kedua dan lagu Padang Rindu nyanyian peserta Zuhaida mendapat tempat ketiga.

Selain itu, aktiviti cabutan bertuah juga turut diadakan di mana para pemenang dipilih secara rawak untuk merebut hadiah berupa barangan elektronik seperti power bank, kad Tounch n Go dan hadiah utama, telefon pintar jenama Samsung.

Hampir 30 pengunjung bertuah difahamkan memenangi hadiah-hadiah berkenaan dan kesemua mereka merupakan usahawan yang telah mendaftar menerusi program BizFair.

Namun, paling ditunggu-tunggu tentulah kehadiran artis terkenal yang terlibat menghiburkan pengunjung seperti Azlan The Typewriter, Indah Ruhaila dan Shiha Zikir.

Persembahan mantap Azlan yang membawakan lagu antem siulan ramai “Lagu Untukmu” nyata menjadikan suasana di Arena Batu Kurau bertambah gamat dengan jeritan para penonton.

Penyanyi berusia 36 tahun itu turut membawakan lagu popular Sweet Charity, Kamelia dan “Asal Kau Bahagia” daripada Armada.

Selain itu, sesi taklimat santai diadakan oleh pakar motivasi keusahawanan, Kahiruddin Abdul Karim yang merangkumi topik mengenai pengurusan kewangan dan tips penting seseorang yang ingin memulakan karier dalam bidang perniagan.

Manakala, Ketua Unit Pendaftaran Perniagaan Bahagian Pembangunan, Pemasaran dan Perniagaan SSM, Mohammad Syafiq Hairom turut menyampaikan taklimat bertajuk “Betulkan yang biasa, biasakan yang betul”.

Program yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner.

Melalui program ini, permohanan hanya perlu mengemukakan cadangan peniagaan yang ingin mereka usahakan dan mereka turut diminta untuk berkongsi aspirasi mereka untuk mengorak langkah lebih jauh dengan modal yang diberikan.

Difahamkan, lebih 1,200 pendaftaran telah direkodkan sepanjang berlangsungnya program BizFair ini dan kesemua mereka perlu melepasi satu sesi pemilihan khas berbentuk temu duga.

Apa yang menarik adalah SSM kali ini tampil dengan lebih serius membantu para peniaga di mana inisiatif yang diberikan ini secara tidak langsung diijadikan bantu loncatan mereka dalam dunia keusahawanan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BizFairSSM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd