• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mana Janji Jawatan TPM Ke-2 Di Sabah, Sarawak?

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Sabah dan Sarawak tertipu dengan janji Pakatan Harapan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua jika pembangkang memenangi negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, manifesto PRU14 Pakatan Harapan semalam langsung tidak menyebut tentang perkara itu termasuk dalam janji khas mereka untuk Sabah dan Sarawak.

“Tidak didapati walau di mana sekalipun dalam senarai 60 janji itu termasuk dalam janji-janji khas untuk Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kamarul Zaman membangkitkan tentang janji Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Christina Liew pada 22 September 2017 bahawa Pakatan Harapan akan mewujudkan jawatan itu.

Katanya, Christina Liew sewaktu mengumumkan perkara itu malah berjanji perkara itu akan menjadi sebahagian daripada manifesto PRU14 Pakatan Harapan bagi seluruh Malaysia.

Tambahnya, janji itu dibuat di hadapan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu majlis di Kota Kinabalu.

“Saya tertanya-tanya ke mana menghilangnya janji manis Pakatan Harapan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua khas untuk Sabah dan Sarawak. Takkanlah belum apa-apa rakyat Sabah dan Sarawak sudah tertipu?,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pakatan harapanSabahsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd