• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janda ‘Minta Kena Rogol’ Digesa Mohon Maaf Lagi

oleh
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAMAN media sosial baru-baru kecoh apabila sebuah rakaman menyaksikan seorang janda yang meminta dirogol 10 lelaki sambil memegang batang zakar palsu menjadi tular.

Meskipun wanita tersebut sudah membuat permohonan maaf namun dia dilihat masih dilihat terus mengundang kemarahan dalam kalangan netizen.

Semuanya kerana permohonan maaf yang dibuat menerusi satu video itu dikatakan tidak ikhlas kerana janda tersebut berani berpakaian yang menampakkan lurah pada bahagian dadanya.

Bahkan, janda berusia 22 tahun itu turut memberi amaran akan menyiarkan nombor telefon individu-individu yang menghantar mesej berbaur seksual terhadapnya.

Sehubungan itu, Skuad Badar, sebuah badan sukarelawan Islam yang bertanggungjawab mencegah kemungkaran dan memberi khidmat nasihat kepada masyarakat menggesa agar wanita berkenaan yang dikenali sebagai Siti Amiza Baharuddin untuk tampil mohon maaf sekali lagi.

Menurut pengerusi skuad berkenaan iaitu Azhar Mohamad, permohonan maaf yang dibuat wanita itu jelas menunjukkan bahawa dia tidak ikhlas selain turut mencemarkan imej agama.

“Netizen sebelum ini marah dia kerana akhlaknya yang tidak baik, jadi bila mahu memohon maaf dia perlu menunjukkan akhlak yang baik.

“Nak ‘ugut’ sebarkan telefon tu pun bukan maaf, tapi mengundang orang untuk marah dia lagi. Itu bukan caranya,” katanya dipetik mStar Online.

Tambah Azhar lagi, pihaknya sedia membantu Siti Amiza untuk membuat permohonan maaf berkenaan menerusi penstriman video secara langsung di Facebook (FB Live) skuad itu.

Namun, terdapat tiga syarat yang diletakkan oleh Azhar kepada Siti Amiza iaitu berpakaian secara sopan dan membuat permohonan maaf secara ikhlas tanpa mempunyai sifat dendam ketika bersiaran secara langsung.

“Bila dia minta maaf, saya dan Skuad Badar akan bantu dia untuk memberitahu kepada masyarakat supaya memaafkannya.

“Dia juga perlu menjelaskan dirinya benar-benar insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan lalu, dan menarik balik kenyataannya sebelum ini untuk menyiarkan nombor-nombor telefon individu yang mengganggunya,” tambah Azhar.

Terdahulu, Siti Amiza teruk menerima kecaman netizen apabila merakam satu video dengan mengeluarkan kata-kata lucah termasuk membabitkan saiz alat sulit lelaki sehingga menyentuh sensitiviti kaum.

Mengakui kesal dengan perbuatannya itu,wanita tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa apa yang diperkatakan di dalam rakaman berkenaan hanyalah sekadar gurauan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Tembak Lembu: Antara Hukum Agama Dan Undang-Undang

Tembak Lembu: Antara Hukum Agama Dan Undang-Undang

30/05/2026
0

KANGAR – Tokoh agama yang juga Ketua UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jaya meminta orang ramai tidak tergesa-gesa...

Tunku Abu Bakar Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-25

Tunku Abu Bakar Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-25

30/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Ulang Tahun Keputeraan ke-25 Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim pada 30 Mei disambut dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd