• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Terengganu Bidas Kenyataan Kanak-Kanak Di Terengganu ‘Bantut’

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman membidas kenyataan Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Baharin Shah yang mendakwa kerajaan negeri tidak prihatin terhadap masalah kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran akibat kekurangan zat makanan.

Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.

Ahmad Razif menarik perhatian bahawa kes kurang zat makanan (KZM) yang berlaku di negeri ini adalah disebabkan dua faktor iaitu kelahiran cacat yang merencat pertumbuhan fizikal iaitu sebanyak 10-20 peratus seperti “cerebral palsy”, congenital anomalies” dan lain-lain.

“Selain itu sikap ibu bapa dan keluarga yang kurang cakna atau kurang mahir tentang keperluan permakanan kanak-kanak juga faktor berlakunya isu KZM di negeri ini, bukan kerana kurang cakna kerajaan atau kemiskinan,” katanya.

Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pelepasan peserta Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar 2018 di Lembah Bidong, di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat.

Raja Kamarul Baharin daripada Parti Amanah Negara dalam sidang media di lobi Parlimen semalam mendakwa berdasarkan laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( Unicef), 26 peratus kanak-kanak bawah lima tahun mengalami tumbesaran terbantut di Terengganu, iaitu yang kedua tertinggi selepas Kelantan.

Katanya, perkara itu mengejutkan kerana Terengganu menerima bajet RM2 bilion setiap tahun untuk satu juta penduduk berbanding Selangor yang mempunyai bajet lebih rendah iaitu RM1.6 bilion untuk lima juta penduduk sekali gus mendakwa kerajaan negeri seperti tidak prihatin dengan isu berkenaan.

Ahmad Razif berkata berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, pada 2013 terdapat hanya 2.38 peratus kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami KZM.

“Prestasi ini kemudian diperbaiki iaitu hanya 1.15 peratus saja kes KZM pada 2017 daripada 19,755 kanak-kanak bawah lima tahun dan ia adalah yang kedua terbaik di seluruh Malaysia (selepas Johor),” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hormati Keputusan Jailani Letak Jawatan – Razif

20/05/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghormati pendirian Datuk Seri Jailani...

Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu Di Buka

08/05/2018
0

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu kini menyediakan satu lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan menerusi penubuhan Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd