• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rita Kesal Peminat Terlalu Taksub, ‘Lagakan’ Artis

oleh
11/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON popular, Rita Rudaini meluahkan rasa kesal terhadap tindakan sesetengah kelab peminat yang terlalu taksub dengan selebriti pujaan sehingga sanggup memecah belahkan hubungan sesama artis.

Pelakon yang popular menerusi drama Sehangat Asmara berkata obsesi segelintir peminat pada masa kini dilihat agak keterlaluan sehingga ada organisasi yang tersasar daripada matlamat awal penubuhan.

“Penubuhan kelab peminat adalah untuk menyokong aktiviti dan kerjaya artis. Namun, saya lihat sikap segelintir mereka bercanggah.

Ini kerana ada kelab yang akhirnya memecah belahkan hubungan sesama artis akibat sikap obsesi penyokong. Malah, ada kelab yang lebih beremosi mengalahkan artis sendiri.

Kadang-kala, sesetengah kelab peminat terlalu taksub hingga artis bermasam muka sesama sendiri,” katanya dipetik BH Online, hari ini.

Sehubungan itu, Rita menasihatkan orang ramai supaya bijak membezakan antara perkara baik dan buruk sebelum membuat sebarang tanggapan dalam berdepan isu melibatkan artis pujaan masing-masing.

“Saya lihat isu ini semakin meruncing dengan wujudnya media sosial. Ini kerana peminat bebas bersuara tanpa sekatan.

“Artis pula harus bijak memainkan peranan bagi memastikan perkara begini tidak bertambah buruk,” ujar Rita. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Rita Rudaini
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anak Rita Kena Buli, Seluar Dilondeh

23/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin dibuli di sekolah gara-gara tidak melawan....

Netizen Mohon Maaf Kepada Rita Rudaini

31/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini akhirnya menarik nafas lega selepas dua individu yang menulis komen berniat jahat terhadap dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd